Oleh pada 22 Feb 2018 kategori

Datuk Seri Najib Tun Razak telah membentangkan di Dewan Rakyat Pada Bajet 2014 mengenai BR1M. Bajet 2014 ini bertemakan “Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji” ini menggariskan lima teras utama iaitu :

  • merancak aktiviti ekonomi
  • mengukuh pengurusan fisikal
  • mengunggul modal insan
  • mempergiat pembangunan bandar dan luar bandar
  • mensejahtera kehidupan rakyat

Isi Kandungan Bajet 2014

Bajet 2014 ini memperuntukkan sebanyak RM 264.2 bilion dan diantara isi kandungan bajet tersebut :

  • sebanyak RM 217.7 bilion untuk Pengurusan
  • RM46.5 bilion untuk pembangunan
  • RM 29 bilion untuk sektor ekonomi
  • RM 1.5 bilion bagi sektor sosial
  • RM 3.9 bilion bagi pembangunan sektor keselamatan
  • RM 1.1 bilion bagi pentadbiran am
  • RM 2 bilion untuk simpanan luar jangka

Catatan : sektor sosial merangkumi pendidikan dan latihan, kesihtan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat. 

BR1M Diperluas

Walaubagaimanapun, kita tertarik dengan dua tema yang mampu memberikan kebaikan dan mampu membuatkan rakyat tersenyum lebar iaitu, Mengunggul Modal Insan dan Mensejahtera Kehidupan Rakyat. Menerusi tema ini, rakyat akan mendapat faedah yang sangat baik kerana kerajaan telah memperuntukkan sejumlah bajet yang banyak kepada rakyat.

Menerusi tema ini, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) diperluaskan lagi dan mampu memberi kesenangan kepada rakyat. BRIM merupakan satu inisiatif pihak kerajaan untuk memberi bantuan kepada rakyat yang berpendapatan rendah dengan kos sara hidup yang tinggi.

Jika tahun lepas rakyat Malaysia telah menikmati bantuan yang diberikan oleh kerajaan melalui Bajet 2013 yang memperuntukkan sejumlah wang yang banyak untuk kesejahteraan rakyatnya. Pelajar telah menerima baucar buku bernilai RM 250 setiap seorang bagi menampung pembelian bahan bacaan untuk pelajaran dan alat tulis.

Peningkatan Bantuan Kepada Rakyat

Perbentangan Bajet 2014 kali ini memperlihatkan peningkatan dari segi bantuan yang akan diterima oleh rakyat mengikut golongan. Bagi melaksanakan pakej BRIM2014, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM 4.6 bilion yang dijangka dapat memanfaatkan seramai 7.9 juta penerima. Ini menunjukkan kerajaan lebih komited dalam memastikan rakyat hidup dalam keadaan selesa.

kebaikan dan manfaat br1m kepada rakyat malaysia

BRIM mula diperkenalkan pada tahun 2012, yang telah memberikan manfaat kepada golongan berpendapatan rendah, dengan memberi bantuan tunai sebanyak RM 500 kepada setiap isi rumah yang berpendapatan RM 3000 dan ke bawah.

Pada tahun lepas pula, BRIM diteruskan dan diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM 2000 sebulan. Pemberian bantuan kepada individu bujang ini sebanyak RM200 setiap individu.

Harapan Kerajaan Rakyat Hidup Selesa

Bajet 2014 kali ini melihat kesungguhan piahak kerajaan untuk membantu rakyatnya agar terus hidup selesa. Ini dapat dilihat dengan penerusan Baucar Buku 1 Malaysia yang dipberikan kepada pelajar Pra-U dan IPT untuk mengurangkan kos perbelanjaan pelajar. Bantuan ini bernilai RM 250 untuk setiap pelajar.

Selain itu, BRIM pula akan dinaikkan bagi isi rumah yang berpendapatan RM3000 sebulan dan ke bawah daripada RM 500 kepada RM 650, manakala bagi individu bujang 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM 2000 sebulan, nilai bantuan akan dinaikkan daripada RM 250 kepada RM300.

najib razak naik train

Di samping itu, Datuk Seri Najib yang juga Menteri Kewangan mencadangkan caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1 Malaysia atau i-BRIM bernilai RM50 diberi kepada semua penerima isi rumah BRIM bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM 30,000 kepada penerima BRIM sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

Pada Bajet kali ini, pertama kali BRIM diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan antara RM3000 hingga RM 4000 dengan nilai bantuan sebanayak Rm 450 disebabkan oleh kenaikan kos sara hidup. Golongan ini juga akan menikmati caruman i-BRIM bernilai RM 50 yang menjadikan keseluruhan sebanyak RM 500.

Pemberian BRIM ini kepada rakyat yang memerlukan merupaka satu tindakan dan perancangan yang baik untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat. Rakyat akan mendapat faedah yang sangat baik kerana dengan nilai bantuan yang diterima itu mampu mengubah hidup mereka jika ia digunakan dengan berhemah dan tidak boros.

BR1M Bukan Dedak Atau Rasuah Kepada Rakyat

Bagi sesetengah pihak menganggap pemberian BRIM ini hanya sedikit dan tidak boleh mengubah apa-apa kerana cukup untuk membeli barangan keperluan sebulan sahaja tetapi bagi golongan yang benar-benar memerlukan, mereka akan menganggap BRIM adalah satu permulaan bagi mereka.

Hal ini demikian kerana, apabila mereka mendapat BRIM, mereka akan menjadikan modal untuk memulakan perniagaan atau pertanian dan melalui itu, mereka akan mendapat pulangan yang banyak dan lama-kelamaan mereka boleh memajukan negara serta diri sendiri. di samping itu, ramai juga yang telah memberikan respon yang baik terhadap penerimaan BRIM dalam kehidupan seharian mereka dan bersyukur dengan bantuan yang diterima.

Jelaslah kepada kita semua, bajet kali ini merupakan satu evolusi yang akan membawa Malaysia kearah negara maju menjelang tahun 2020 yang akan menjengah kira-kira tujuh tahun lagi. Ini merupakan titik tolak negara kita demi mengejar kejayaan dan kompetitif di persada antarabangsa serta menjadikan sebuah negara maju berpendapatan tinggi.




Hakcipta iluminasi.com (2017)