Oleh pada 17 Sep 2017 kategori

Sakit hati kita apabila mendengar kisah sebenar kebakaran yang berlaku di pusat tahfiz yang terbakar di Keramat. Cukup menyayat hati apa yang berlaku. 

Reaksi kita apabila mendengar orang buat khianat pada kita, kebiasaannya tangan dan kaki kita mudah nak naik. Mulut mula rasa ringan nak doakan benda buruk terjadi pada pelaku. Berharap mintak bencana jatuh pada mereka. Nak mereka dibalas setimpal agar mereka dapat rasa seksaan yang mereka buat.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Di situlah kesilapan kita. Amat penting untuk kita mengawal kelakuan kita dalam menangani berita-berita kurang enak ini, apatah lagi menghadapi perbuatan khianat.

Membenci pelaku pesalah boleh tetapi membenci mereka sehingga kita membayangkan perkara-perkara buruk yang kita nak lakukan pada mereka, bukanlah ubat kepada masalah masyarakat kita.

Kita sebagai ahli masyarakat yang kurang ilmu dan kurang kesabaran sepatutnya berusaha melihat bagaimana orang berilmu menangani musibah.

Jika seorang itu orang alim, dia akan tetap redha dan berjaya menahan diri daripada perbuatan ugutan dan cacian terhadap pelaku khianat, apatah lagi balas dendam walaupun hatinya tentu sakit bukan kepalang.

zahid hamidi tpm pengetua pusat tahfiz

Itulah beza orang yang menjadi Pengetua Pusat Tahfiz selama 15 tahun yang melahirkan ribuan tahfiz dengan orang-orang biasa macam kita yang sekadar ada kawan nama Hafiz.

Sabarlah. Bagaimana marah pun kita pada pelaku khianat, sabarlah. Kerana orang yang kurang sabar mudah diperdayakan syaitan.

Tak pernah rugi kita bersabar ni. Allah dah janji ganjaran untuk orang yang dapat bersabar dalam setiap dugaan, ujian dan musibah yang dia lalui, adalah berbaloi. Bersabarlah dalam mengkritik pelaku khianat. Bersabarlah dari menganjing mereka.

Mungkin sekarang ramai sudah buka mata kenapa pelajar-pelajar itu dikata mati syahid oleh Pengetua mereka. Jika ada peluang, melawatlah dia. Mohon maaf dari dia.

pengebumian pelajar tahfiz mangsa kebakaran

Mainkan peranan kita dengan lebih positif. Jika kita tak dapat menyokong dengan kewangan, tenaga, masa atau kemahiran pun tak apa, tapi janganlah kita pula yang menjatuhkan dengan ayat 'lebih baik tutup semua pusat tahfiz kerana kerap benar terbakar.'

Apa yang kita nak dengan kenyataan sebegitu rupa?

Jika benar pelaku khianat membakar tahfiz dengan petrol dan gas, sehingga mengakibatkan kematian 23 nyawa tidak bersalah - kita bakar sistem tahfiz pakai kata-kata kita.

Siapa yang lebih besar khianatnya?




Hakcipta iluminasi.com (2017)