Pelakon Yatt Hamzah dan suaminya telah mengadakan satu majlis aqiqah dan cukur jambul bagi anak perempuan kedua mereka Suci Humairah’ Iqlima pada 12 Mac 2017 baru-baru ini.

Majlis yang dilangsungkan secara sederhana itu dimeriahkan dengan kehadiran saudara-mara, keluarga serta rakan artis.

Majlis dengan tema warna putih tersebut melihatkan Yatt, suami dan anak-anaknya kelihatan cukup anggun memakai busana serba putih.

Majlis itu juga dihiasi dengan alunan nyanyian marhaban dan upacara cukur jambul bagi meraikan Suci Humairah’ Iqlima.

Mari kita saksikan beberapa gambar sekitar majlis tersebut yang dimuatnaik Yatt Hamzah menerusi laman Instagram miliknya.

majlis aqiqah dan cukur jambul anak yatt hamzah 2

majlis aqiqah dan cukur jambul anak yatt hamzah 3

majlis aqiqah dan cukur jambul anak yatt hamzah 4

majlis aqiqah dan cukur jambul anak yatt hamzah 5

Semoga Suci Humairah’ Iqlima akan membesar menjadi anak yang solehah bila besar nanti.

Kredit foto: Instagram @yatthamzah_mrs_zulInstagram @raafikazizphotographyinstagram.com/the.azpf & Instagram @secondshotmovement

Sumber berita: ramenpedas.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)