Kredit foto: Instagram Datuk Seri Vida
Akhirnya perselisihan faham antara penaja Gegar Vaganza Musim Keempat (GV4), Datuk Seri Vida dan pihak Astro telah selesai.
Jurucakap Astro memaklumkan mereka telah menghubungi Vida sekaligus membuat permohonan maaf kepadanya susulan peristiwa yang berlaku ketika Sidang Media Pelancaran Gegar Vaganza 4.
"Apa yang berlaku adalah salah faham dan kami sudah menghubungi beliau untuk berbincang mengenai kejadian sebenar dan ia sudah diselesaikan," beritahunya menurut laporan portal Harian Metro.
Terdahulu, Vida dikatakan 'merajuk' selepas mewar-warkan luahan perasaan kecewa terhadap layanan pihak Astro di sidang media yang berlangsung.
Dakwa Vida dalam kenyataan di laman Instaram itu, dia tidak diberi ruang untuk bercakap mengenai produknya sedangkan sudah menaja jutaan ringgit.
Dalam pada itu, usahawan kosmetik itu juga menegaskan luahan yang dikeluarkan bukanlah gimik untuk meraih publisiti.
Gegar Vaganza 4 bakal ke udara di saluran Astro Ria mulai 29 Oktober ini, dibawakan secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.
Sumber berita: Harian Metro