Menurut satu kajian yang dilakukan oleh sekumpulan saintis dari Harvard University, lelaki pertengahan usia yang tidak boleh melakukan 10 kali senaman tekan tubi berisiko tinggi untuk mendapat serangan jantung dan strok.

Selain itu, kemampuan seseorang individu melakukan 40 tekan tubi pula dikaitkan dengan pengurangan 97% risiko penyakit kardiovaskular dalam tempoh 10 tahun akan datang.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Seterusnya, kajian itu juga mendapati individu yang berjaya melakukan 21 hingga 30 kali tekan tubi pula mempunyai satu perempat risiko mempunyai penyakit seperti penyakit arteri koronari atau kegagalan jantung - berbanding dengan seseorang yang tidak dapat melakukan 10 kali tekan tubi.

Dalam kajian ini, para pengkaji ini mengatakan secara umumnya seseorang individu yang mampu melakukan sekurang-kurangany 11 kali tekan tubi mempunyai kurang risiko mendapat penyakit berkaitan kardiovaskular. Dalam erti kata mudahnya, lagi banyak jumlah tekan tubi yang mampu anda lakukan, lagi kurang risiko mendapat penyakit berkaitan kardiovaskular.

Menurut kumpulan pengkaji ini, senaman tekan tubi merupakan indikasi lebih baik jika dibandingkan dengan senaman-senaman lain seperti berlari. Senaman ini juga lebih mudah dan tidak memerlukan sebarang kos, menjadikannya ideal untuk digunakan dalam kajian ini.

Statistik penyakit berkaitan kardiovaskular di Malaysia

penyakit kardiovaskular

Penyakit kardiovaskular merangkumi serangan jantung dan strok adalah penyebab utama kematian di Malaysia semenjak 5 tahun lalu. Sehingga Februari 2020, seramai 45,684 orang daripada 32.4 juta rakyat negara menderita penyakit jantung.

Turut membimbangkan, statistik juga menunjukkan bahawa penghidap penyakit ini di Malaysia mempunyai purata umur lebih muda berbanding negara lain. Purata umur pesakit ini di Malaysia adalah 58 tahun sementara Thailand (68 tahun), SIngapura (61 tahun) dan China (63 tahun).

Gaya hidup tidak sihat merupakan penyumbang kepada penyakit ini. Malah, tabiat tidak sihat seperti merokok juga menyumbang kepada perkara ini. Seseorang perokok dikatakan mempunyai risiko 2 hingga 3 kali ganda mendapat penyakit kardiovaskular berbanding mereka yang tidak merokok.

Kaitan antara senaman tekan tubi dan penyakit kardiovaskular

kardiovaskular 280

Dapatan kajian yang diperolehi oleh sekumpulan saintis dari Harvard University ini diperolehi daripada data ujian kecergasan 1,00 anggota bomba di negeri Indiana, Amerika Syarikat yang telah menyertai pasukan unit beruniform tersebut antara tahun 2000 dan 2007.

Data tersebut kemudiannya dipadankan dengan rekod kesihatan mereka untuk diagnosis penyakit kardiovaskular dalam tempoh 10 tahun. Kumpulan individu yang menjadi subjek kajian ini berumur antara 21 hingga 66 tahun dan purata umur 39.6 tahun.

Secara puratanya, kumpulan subjek kajian ini mempunyai indeks BMI pada tahap 28.7. Walaupun jumlah ini boleh diklasifikasikan sebagai "overweight" atau lebih berat badan, kesemua mereka adalah individu aktif kerana tuntutan kerja mereka yang memerlukan mereka melakukan pergerakan fizikal.

Kritikan terhadap kajian ini

bomba kena fit stamina kuat

Kajian seumpama ini yang mengaitkan senaman te]ekan tubi dengan risiko penyakit kardiovaskular merupakan kajian pertama seumpamanya yang dilakukan. Pakar kesihatan walau bagaimanapun menyarankan kajian lebih menyeluruh dilakukan terhadap kumpulan subjek yang mempunyai gaya hidup berlainan.

Walaupun jumlah subjek kajian ini boleh dianggap mencukupi (1000 orang), namun kesemua mereka mereka merupakan anggota bomba lelaki yang rata-ratanya adalah individu yang aktif. Oleh itu, kajian seumpama ini perlulah dilakukan pula terhadap golongan yang kurang aktif dan golongan wanita.

Professor Jeremy Pearson dari British Heart Foundation mengatakan bahawa kajian ini secara jelasnya menunjukkan seorang ahli bomba mempunyai risiko sangat rendah untuk mendapat serangan jantung atau strok dalam tempoh 10 tahun akan datang. Kesannya mungkin tidak sama bagi wanita atau golongan yang kurang aktif.

Menurut beliau lagi, pada usia 20 hingga 30-an, saluran arteri semakin menyempit dengan lemak akibat perubahan gaya hidup yang akan menyebabkan seseorang itu berisiko mendapat seranga jantung atau risiko.

Kredit:

  1. Insider
  2. USA Today
  3. The Independent



Hakcipta iluminasi.com (2017)