Satu penyelidikan yang diterbitkan dalam the American Journal of Clinical Nutrition mendapati tabiat memakan kentang goreng (French fries) boleh meningkatkan risiko kematian awal.

Kajian yang mengikuti warga Amerika berusia antara 45 hingga 79 tahun sepanjang lapan tahun itu memerhatikan tabiat pemakanan setiap peserta dan mendapati memakan kentang goreng sebanyak dua hingga tiga kali seminggu berkait rapat dengan kadar kematian yang lebih tinggi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Tabiat pemakanan tidak sihat itu bukan sahaja terhad kepada French fries malah melibatkan hash browns, curly fries, poutine, tater tots dan waffle fries.

Sepanjang lapan tahun, 236 daripada 4,400 peserta telah meninggal dunia. Kadar kematian tinggi didapati melibatkan mereka yang kerap memakan kentang yang digoreng. Risiko kematian awal itu juga didapati lebih daripada dua kali ganda daripada biasa.

french fries menyebabkan kematian

Sebenarnya kentang merupakan sejenis makanan yang sihat jika dimasak dengan betul. Ini disebabkan kajian yang dijalankan itu mendapati peserta yang memakan kentang rebus, kukus atau bakar tidak mengalami sebarang peningkatan risiko kematian.

Kentang mempunyai nutrien, vitamin dan serat yang secukupnya untuk mengimbangi kesan kandungan glisemik yang tinggi sekiranya dimasak dengan cara yang sihat. Ini bertentangan dengan kentang yang digoreng kerana mengandungi lebihan garam dan minyak yang tidak baik untuk kesihatan.

makanan segera tidak sihat french fries kentang goreng tinggi risiko mati

Jadi, sekiranya anda mempunyai pilihan hidangan sampingan yang lain semasa makan di restoran, pilihlah kentang putar atau kentang bakar. Untuk hidangan yang lebih sihat, seeloknya gantikan dengan sayuran salad atau buah-buahan.

Jika anda tiada pilihan lain, makanlah kentang goreng itu ala kadar sahaja ya! Beringat-ingat sebelum terlambat.

Artikel ini adalah olahan dan rumusan kajian American Clinic Nutrition




Hakcipta iluminasi.com (2017)