Sekilas pandang wajahnya saling tak tumpah seperti seorang wanita. Kulit halus mulus dengan tudung bawal Pucci, siap berbedak make up lawa lagi. Apabila diselidik, baju dalam wanita pun dia pakai.
Lelaki ini sanggup menyamar sebagai seorang Muslimah untuk masuk ke surau wanita di Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang bertujuan untuk mencuri beg tangan wanita yang sedang menunaikan solat di situ. Dia berpura-pura ingin bersembahyang namun tembelangnya pecah apabila perbuatannya disedari oleh jemaah wanita lain ketika membuat percubaan mencuri.
Dikhabarkan ini bukanlah kali pertama kejadian seumpama ini berlaku di pusat beli-belah terbabit dan lelaki itu juga pernah ditangkap sebelum ini namun dia tidak serik-serik mengulangi perbuatan terkutuknya itu.
Rata-rata netizen mengatakan wajahnya selepas disolek mempunyai iras Erra Fazira. Dari angle lain nampak macam Neelofa pun ada. Pandai dia mekap kan?
Macam-macam sungguh cara orang nak mencuri dan merompak kebelakangan ini. Nampak gaya orang kita semakin kreatif dan bijak, tetapi sering disalahgunakan kebijaksanaan kurniaan Allah itu. Daripada buat benda tak elok macam ni, baiklah disalurkan minda kreatif tu untuk pekerjaan lain yang halalan thoyyiban.
Harap para Muslimah lebih berhati-hati selepas ini. Takut semakin ramai 'wanita jadian' cuba mengambil kesempatan lagi.