Artikel ini merupakan sambungan dari artikel lalu "Dari Keding Menjadi Sado, Jejaka Ini Kongsi Kisah Transformasinya".

Untuk membaca bahagian pertama, sila klik di sini.


Usaha mula membuahkan hasil

hasil awal

Bila aku dah tahu 2 dari 3 komponen paling penting dalam bina badan iaitu workout dan pemakanan, aku memulakan perjalanan gym aku dengan betul. Masa tu workout di sekitar universiti aku tak banyak. Ada satu betul-betul depan universiti, harga pun masa tu RM30 saja. Barang ala kadar. Gym pertama aku. Aku pergi gym, seorang diri. 

penuh tekun 644

Memang betul, 1 hingga 3 bulan pertama tu rasa macam nak mati. Badan macam kena tembak sana sini. Sakit Allah saja yang tahu. Nak korek hidung pun meleleh air mata, nak garu belakang tak payah cakap la. Tapi semangat aku kuat. Ramai yang aku kenal, baru workout sekali dua, terus dah give up sebab badan sakit. Itu masing-masing punya hal lah, mungkin niat dia nak pegi gym tak betul. Bagi aku, aku nak pakai baju sekurang-kurangnya muat saiz M.

biceps curl 33

Badan aku mula menampakkan perubahan. Dengan semangat dan disiplin yang aku curahkan, berkilo-kilo berat aku mula naik. Dari 48kg, berat badan aku menjadi 53kg, dalam masa lebih kurang 6 bulan. Tapi aku masih aktif dalam sukan seperti bola sepak dan futsal. Oleh itu badan aku agak lambat naik kerana makanan yang dimakan, dibakar menjadi tenaga untuk aktiviti tersebut.

Rehat

Semakin aku belajar dari internet dan bertanya kepada orang berpengalaman, aku mengetahui bahawa REHAT adalah salah satu lagi komponen dalam bina badan. Lepas dah workout dengan cara yang betul dan cukup pemakanan, aku perlu rehat secukupnya. Sebab bila aku workout, otot-otot badan akan meregang dan bekerja, yang menyebabkan badan aku rasa sakit keesokan harinya. Jadi, makanan yang aku makan tu akan salurkan nutrien kepada otot.

Tapi otot-otot ni akan pulih, ketika badan kita rehad dan tidur! Bila tidur malam dan badan rehat secukupnya, otot-otot akan lakukan kerja pemulihan. Jadi tidur kena cukup paling kurang 8 jam, dan tidur yang lena, itulah yang sebaiknya. Kalau tidur tak betul, badan masih boleh jadi, tapi mungkin lambat, atau kurang daripada apa yang sepatutnya.

Perubahan terbesar

perubahan ketara 241 978

Dalam masa 1 tahun setengah, badan aku yang keding baju saiz XS pun masih longgar sehingga aku umur 20 tahun, sudah mula berubah. Dari 48kg jadi 53kg dalam masa 6 bulan, dan setahun kemudian, berat badan aku dah meningkat menjadi 68kg. Memang berat badan bukan penentu kepada berototnya badan seseorang, tapi aku dah berjaya memecahkan kebuntuan yang menyeksakan aku selama ini.

Baju-baju aku mula ketat, dan ada yang dah tak muat. Rasa seronok, tapi rasa rimas pun ada sebab orang ingat aku nak menunjuk pula. Tapi memang nampak beza, sana sini badan aku berubah. Bila dah dapat hasil, ia hanya menambahkan lagi semangat yang sedia ada.

biceps 451 579

Ketika itu tak dapat nak bayangkan perasaan aku walaupun tak sebesar abang sado yang lain, tapi aku dah buktikan pada diri aku bahawa aku boleh, dan aku sudah lakukan. Usaha aku itu bukan sahaja mengubah bentuk badan aku tapi juga mengubah hidup aku bahawa tak ada yang mustahil dalam hidup ini. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang. Bila dah jadi tabiat dan rutin, bersenam berubah menjadi gaya hidup. Memang kadang-kadang tertinggal sebab hal-hal lain, tapi tak akan pernah tinggal selamanya. Ada masa mesti pergi.

Pengorbanan sepanjang jalan

biceps1 84

Memang mahukan sesuatu, perlu korbankan sesuatu. Dalam hal ini, banyak benda perlu dikorbankan termasuklah masa, tenaga, dan wang ringgit. Tak terkira berapa duit aku habiskan pada makanan, supplemen, dan yuran gym setiap bulan. Itu satu kemestian, tak ada shortcut. Kalau nak besar, dengan pergi gym sahaja, tanpa makan yang cukup, pun tak guna. Makan cukup, tak pergi gym pun, jadi gemuk saja. Jadi, semua kena balance.

Dari segi masa, memang lah banyak masa habiskan untuk usaha ini. Biasanya 1 hingga 1 jam setengah di gym. Itu tak apa, tapi kehidupan universiti ini faham-fahamlah, kawan-kawan ajak main futsal pukul 2 pagi. Habis futsal pukul 4 pagi, ajak lepak mamak pulak. Badan aku perlukan rehat, jadi kena tidur cukup. Jadi, aku terpaksa korbankan masa berseronok di universiti. Kadang-kadang sampai kawan pun dah faham terus tak ajak aku main futsal lagi.

hammercurl1 473

Dan masa yang aku habiskan buat kajian pasal bina badan, tanya sana tanya sini, bermanfaat bagi aku dan pada orang lain yang aku kongsi serta masih segar dalam ingatan aku sampai sekarang. Tak rugi kalau banyak membaca dan cari ilmu.

Dari segi tenaga, apa yang aku keluarkan dalam gym, setiap peluh yang mengalir itu memang sangat berbaloi.

Konklusi

tiada yang mustahil 43

Bagi anda yang ada masalah bentuk badan, sama ada terlalu kurus atau terlalu gemuk, jangan putus asa. Aku pernah rasa apa anda rasa, tapi aku tak duduk diam dan tunggu ianya berubah sendiri. Jangan malu, jangan segan, sebab tak ada siapa nak tolong anda kalau anda tak tolong diri sendiri. Bangun, dan ubah. Buat apa yang perlu, dan teruskan apa yang anda buat untuk capai matlamat.

I never said it would be easy, I only said it would be worth it. Ewah.

Assalamualaikum.

p/s : tiada penggunaan steroid ya.


tags : , , , , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)