Denslow (Pelukis)

Novel The Wonderful Wizard of Oz telah diterbitkan pada tahun 1900. Penulisnya L. Frank Baum dan pelukis ilustrasinya William Wallace Denslow merupakan orang kuat dalam penghasilan kesusasteraan kanak-kanak yang terkenal di seluruh dunia itu.

Buku itu telah memperkenalkan dunia kepada watak-watak ikonik seperti Lionard Cowardly dan Wicked Witch of the West. Pada masa itu, para pengkritik mengumumkan bahawa buku itu merupakan kisah dongeng Amerika yang sejati. Populariti novel itu semakin memuncak apabila ia terus dipergiatkan dengan bantuan beberapa filem dan lakonan pentas.

BESARKAN TEKS     A-  A+

lyman frank baum

Frank Baum (Penulis)

Novel yang mengisahkan tentang pengembaraan Dorothy Gale ini sebenarnya merupakan projek kedua yang menguntungkan bagi Baum dan Denslow. Karya pertama mereka iaitu Father Goose : His Book telah diterbitkan setahun sebelum itu iaitu pada 1899.

Pada mulanya, tiada syarikat penerbitan yang berani mengambil risiko terhadap karya mereka itu kerana pasangan itu tetap bertegas mahu menyertakan lukisan ilustrasi berwarna mereka yang mahal.

Akhirnya syarikat George M. Hill Co. bersetuju untuk menerbitkan koleksi puisi itu tetapi hanya jika pasangan penulis dan pelukis itu bersetuju untuk menanggung kos percetakan. Baum dan Denslow bersetuju dan buku itu berjaya dijual sebanyak 75,000 naskah. Ia merupakan satu jumlah yang besar pada tahun 1899.

the wonderful wizard of oz

Dengan keuntungan dan populariti yang dikecapi dalam masa yang singat, pasangan itu kemudian mengembangkan karya mereka melalui persembahan pentas bertajuk The Wizard of Oz. Mereka telah melantik Paul Tietjens sebagai komposer dengan Baum sebagai penulis skrip dan Denslow pula sebagai pereka kostum dan set pentas.

Usaha itu merupakan satu kejayaan besar. Sebanyak 300 persembahan diadakan di Broadway sahaja. Pada tahun 1911 pula, produksi persembahan itu mengadakan jelajah di seluruh Amerika Syarikat. Jalan cerita bagi pertunjukan pentas itu juga sudah menyimpang jauh daripada kisah asal dalam novel.

lukisan denslow

Dalam novel The Wonderful Wizard of Oz, watak para penyihir bukanlah watak yang penting dan watak Wicked Witch of the West tidak wujud sama sekali. Begitu juga dengan teman pengembaraan Dorothy yang asalnya adalah seekor lembu bernama Imogene tetapi diubah kepada seekor anjing bernama Toto dalam lakonan pentas.

Watak-watak baru yang lain termasuklah King Pastoria II, Tryxie Tryffle dan Cynthia Cynch. Baum kemudian meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya kepada pihak produksi. Dia juga malah mempunyai pertikaian dengan Denslow mengenai bayaran royalti.

Memandangkan Denslow berkongsi hak cipta novel asal yang mereka hasilkan, dia merasakan sumbangannya adalah setara dengan Baum. Walau bagaimanapun, Baum tidak bersetuju dengan pandangan itu dan ia memusnahkan kerjasama antara mereka.

wizard of oz

Namun, bayaran royalti yang diterima Denslow daripada penjualan buku itu sudah cukup baginya untuk membeli Pulau Buck, sebuah pulau kecil di kawasan Bermuda.

Denslow kemudian membina sebuah rumah batu menyerupai istana lama dan mengisytiharkan dirinya sebagai raja. Gelaran rasmi yang diberikan kepada dirinya sendiri adalah Raja Denslow I, Keturunan Diraja Pulau Denslow dan Pelindung Terumbu Karang.

Semasa bermastautin di pulau itu sebagai raja tidak rasmi, Denslow terus memanfaatkan kejayaan lukisan ilustrasinya. Dia pernah menghasilkan kartun susulan Scarecrow and Tin Man dan diterbitkan dalam akhbar-akhbar di Amerika Syarikat. Namun, usahanya itu gagal dan dibayangi oleh kartun ciptaan Baum iaitu Queen Visitor from the Marvelous Land of Oz yang diterbitkan pada masa yang sama.

jack and the bean stalk

Walaupun Denslow terus melukis, namun ia tidak dapat menandingan kejayaan awalnya. Dia terus menghasilkan lukisan bertajuk The Pearl and the Pumpkin pada tahun 1904 untuk disesuaikan menjadi teater muzikal yang mewah.

Walaupun pengkritik memuji kehebatan produksinya itu tetapi ditamatkan setahun selepas ia mula dipentaskan pada 1905. Salah satu sebab ia berakhir mungkin kerana plotnya yang hampir sama dengan The Wizard of Oz membuatkan penonton cepat bosan.

lukisan john r neill

Lukisan John R. Neill

Sementara itu, Baum pula telah menerbitkan novel susulan Oz yang pertama bertajuk The Marvelous Land of Oz pada masa yang sama dengan John R. Neill menjadi pelukis ilustrasi. 

Pada tahun 1908, Denslow akhirnya telah menjual pulaunya itu dengan harga USD 30,000 (bersamaan USD 800,000 hari ini) dan berpindah ke New York. Dia yang tidak dapat mencari kerja tetap mula ketagihan alkohol. Di akhir-akhir kariernya, Denslow bekerja sementara untuk beberapa agensi pengiklanan kecil. 

Dia akhirnya meninggal dunia pada tahun 1915 ketika berusia 58 tahun akibat radang paru-paru. Baum pula terus berkolaborasi dengan Neill untuk menghasilkan buku-buku Oz dengan 13 siri lagi.

humpty dumpty

Walau bagaimanapun, tiada satu pun karya siri Oz yang dapat menandingi keaslian dan popular seperti yang dihasilkan Denslow. Karyanya terus diterbitkan semula sehingga hari ini. Selain itu, watak Humpty Dumpty yang dikenali sekarang juga adalah hasil ilustrasi Denslow. Walaupun dia gagal mengekalkan status raja dan kerajaannya, Denslow tetap menjadi Raja Ilustrasi buku kanak-kanak.

Rujukan:

1. AIGA

2. Ber News

3. Meibohm Fine Arts




Hakcipta iluminasi.com (2017)