Kalau anda berada di New York-lah namun idea ini menarik untuk diwujudkan di negara kita bagi mengelakkan masalah tiket berlaku lagi.Anda pasti tak menyangka yang menjadikan beratur sebagai kerja bagi pihak orang yang tidak dikenali adalah benar.

Ya, memang benar. Ada orang yang kariernya adalah sebagai tukang beratur untuk orang lain. Seorang genius dari New York sedang menjana pendapatan lumayan hanya untuk berdiri atau duduk dalam barisan serta menunggu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi tiket beratur perkhidmatan4

Nama beliau Robert Samuel, pengasas kepada Same Ole Line Dudes.

Same Ole Line Dudes (SOLD) adalah satu syarikat professional yang menawarkan perkhidmatan untuk beratur di New York. Jelas Robert, semua ini berlaku secara kebetulan sahaja ketika dia sedang menunggu iPhone 5S keluar.

Beberapa hari sebelum iPhone tersebut keluar, Robert meletakkan iklan untuk menawarkan diri berbaris bagi pembeli yang tak mahu beratur. Iklannya diterima kemudian dia menjual tempatnya dalam barisan beberapa kali sebelum mendapat pendapatan bersih RM1430 pada hari itu.

Rekod pendapatanya pada satu hari beratur untuk barisan iPhone setakat ini? RM61,600 satu hari dengan teknik yang sama.

iluminasi tiket beratur perkhidmatan5

Semenjak iklan pertamanya, kini Robert menguruskan lebih 20 orang pekerja yang akan beratur bagi pihak pelanggan. Sesetengahnya adalah kawan dan sesetengahnya adalah kenalan baru yang mahu menambah pendapatan.

Purata pendapatan bagi setiap anggota mereka? RM8400 satu minggu.

SOLD mengenakan bayaran RM198 untuk dua jam pertama dan RM44 untuk setiap jam berikutnya. Kadar caj juga bergantung kepada situasi - jika notis terlalu pendek diberikan atau cuaca buruk, bayaran tambahan akan dikenakan.

iluminasi tiket beratur perkhidmatan6

Selain daripada beratur dalam barisan, dengan bayaran tambahan, SOLD akan melakukan perhidmatan penghantaran terus ke mana-mana destinasi pelanggan, selepas penat beratur panjang.

Hebat model bisnes ini sebenarnya cuma jika diwujudkan di Malaysia, berapa caj yang anda rasa sesuai untuk satu jam menunggu?

Terjemahan Elite Daily




Hakcipta iluminasi.com (2017)