Jumlah kaum Cina di Malaysia yang berkhidmat dalam pasukan tentera atau polis sememangnya tak dapat dinafikan semakin menurun saban tahun.

Namun, ia boleh dikatakan mula memulih dengan berita penyertaan Liong, anak muda kelahiran Johor yang telah diterima masuk oleh Very Able Troops 69 Commando, atau VAT 69 Commando.

VAT 69 Commando adalah pasukan elit khas yang berkhidmat di bawah Polis Diraja Malaysia. Hanya yang betul-betul layak dan terbaik sahaja direkrut masuk ke dalam pasukan ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

bangsa cina pertama komando vat 69

Pelbagai ujian dan halangan perlu dilepasi seperti neraka dunia, dan perlu menguasai strategi untuk memperoleh beret terhormat ini. Leong adalah salah seorang komando yang menerima beret itu dengan bangganya.

Dibesarkan di Batu Pahat, Johor, Liong merupakan satu-satunya komando berbangsa Cina di dalam kumpulan askar hampir 500 orang itu. Pastinya ia bukanlah sesuatu yang berlaku setiap hari.

liong satu satunya orang cina dalam pasukan elit khas vat 69 commando 4

Liong tidak menceburi bidang kerjaya IT walaupun beliau mendapati ijazah sarjana muda Sains Komputer dari Universiti Putra Malaysia. Beliau sebaliknya menjadi anggota polis pada Ogos 2015, dan memohon untuk menyertai pasukan elit VAT 69 Commando kerana sukakan cabaran.

Selepas diterima masuk untuk sesi ujian, Liong melepasi proses pemilihan selama 2 minggu yang tersangat mencabar. Beliau direkrut masuk untuk menjalani latihan di Ulu Kinta, Perak yang terletaknya kem briged tersebut.

Menurut Long, daripada jumlah keseluruhan 600 pemohon, hanya 13 orang sahaja yang melepasi ujian-ujian tersebut. "Ia kerana ujian pertama sahaja sudah begitu sukar," jelas Liong.

liong ketika latihan dan ujian komando vat 69

Latihan fasa pertama dilakukan di darat dan Liong dihantar masuk ke dalam hutan selama 2 minggu tanpa bekalan makanan di mana kemahiran kelangsungan hidup akan diuji.

Dalam masa 4 bulan latihan, Liong telah kehilangan 10 kilogram berat badan namun tak pernah berputus asa. Satu demi satu cabaran dan rintangan diredah Liong. Para komando dalam unit dilatih untuk beroperasi dalam semua jenis persekitaran termasuklah air, udara dan darat.

Latihan tersebut termasuklah menuruni tali dengan laju dari helikopter, menyelam, dan lompatan payung terjun. Malah latihan yang dijalani mereka seakan-akan serupa dengan Tentera Laut Amerika Syarikat.

liong komando cina terima anugerah dan lulus ujian

Liong berkata semua jenis latihan tersangatlah sukar dan berbahaya namun untuk menjadi salah seorang daripada VAT 69 COmmando, beliau harus kuatkan diri dan telan segala apa yang ada dihadapannya.

Menyertai VAT 69 Commando bukan sahaja menjadi minat dan sasaran peribadi Liong, ia juga kerana beliau mahu berkhidmat untuk negara.

Panglima Komando VAT 69, Dato 'Fisol Salleh berkata bahawa beliau akui permohonan yang diterima semakin berkurangan. Namun, mereka tidak akan sesekali menurunkan standard mereka kerana komando-komando ini harus mencapai tahap yang diperlukan disebabkan sifat pekerjaan mereka yang berbahaya dan mencabar.

Terdapat kira-kira 500 orang komando ketika ini yang bersedia untuk dihantar jika diberi notis.

Sumber: World of Buzz




Hakcipta iluminasi.com (2017)