Kredit foto: Instagram Haqiem Rusli

Selepas setahun bergelar penyanyi, Haqiem Rusli merealisasikan impiannya untuk memiliki kereta sedan pertama yang diidamkan, Mitsubishi Lancer.

Lebih menarik, penyanyi berusia 19 tahun ini membeli secara tunai!

Dedah Haqiem, wang yang dibelanjakan adalah wang yang dikumpul hasil kerja kerasnya menjayakan persembahan pentas.

lebih setahun jadi penyanyi ini kereta pertama haqiem rusli beli secara tunai 2

Kredit foto: Instagram Haqiem Rusli

"Alhamdulillah kereta ini dibeli hasil titik peluh saya sendiri dan dibayar secara tunai.

"Pada mulanya saya berhasrat untuk membeli kereta sedan jenis Honda City namun ibu saya menyarankan untuk membeli kereta jenis Mitsubishi Lancer," katanya memetik laporan portal Astro Gempak.

Haqiem membuat kenyataan tersebut di majlis sidang media Separuh Akhir Muzik-Muzik 32 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam pada itu, penyanyi yang meletup dengan lagu Tergantung Sepi ini berkata, dia kini dalam perancangan memulakan francais bisnes burger sendiri atas jenama 'Haqiem Burger'.

Keputusan itu dibuat selepas melihat ramai anak seni yang berdepan masalah kewangan apabila kerjaya mereka terkubur.

"Saya memang seorang yang suka menabung dan merancang untuk membuka francais bisnes burger pada tahun depan.

"Saya melihat ramai artis popular yang gagal menguruskan kewangan dengan baik, apabila sudah jatuh mereka hilang segalanya.

"Jadi, bisneslah yang mampu menjamin masa depan seseorang artis," katanya lagi.

Mengikut perancangan, cawangan pertama perniagaannya itu akan dibuka di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Sumber berita: Astro Gempak 




Hakcipta iluminasi.com (2017)