Kredit foto: BH Online

Sudah mendirikan rumah tangga selama lapan tahun, aktres Emelda Rosemila akur apabila masih belum dikurniakan cahaya mata.

Dedah isteri kepada aktor Adlin Aman Ramlie itu, dia tidak begitu mengambil pusing isu zuriat meskipun acapkali diajukan soalan berkenaan oleh rakan-rakan dan saudara-mara.

Namun Emelda akui, dia tidak pernah berputus harap, malah terus berikhtiar mencari jalan penyelesaian.

Saya tidak kisah jika belum ada rezeki menimang cahaya mata. Soal zuriat, kita serah bulat-bulat kepada Tuhan. Andai tiada rezeki selepas berusaha, saya tak kisah termasuk jika mahu mengambil seorang lagi anak angkat. Isu anak sendiri ini bukanlah tekanan besar buat saya. Memanglah kami mahu cahaya mata sendiri, sekurang-kurangnya seorang. Tapi kalau bukan rezeki, kami reda. Namun, ikhtiar itu tak pernah terhenti.
Sumber: BH Online

Emelda tidak dapat menafikan keseronokan menjaga Edra Rafael yang kini menganjak usia enam tahun memberikan semangat buat mereka pasangan suami isteri untuk mendapatkan zuriat sendiri.

Dalam perkembangan lain, aktres yang dikenali dengan jenama fesyen Emeldarose itu memberitahu, dia teruja dengan penglibatan jenamanya di pentas Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2017.

Ini kali ketiga saya menyertai KLFW dan mengukuhkan lagi jenama Emeldarose. Bidang fesyen memang dekat di hati saya sama seperti wanita lain.
Sumber: BH Online

Emelda mendirikan rumah tangga bersama Adlin pada tahun 2009. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)