Anda mungkin biasa mendengar tentang pengumpul dan penggemar model kereta api. Namun, tahukah anda ada juga kumpulan yang menggemari dan mengumpul landasan kereta api? Mereka ini biasanya digelar sebagai Railfan atau Railway buff.

Pada tahun 2017, sekumpulan penggemar landasan kereta api British telah bekerjasama untuk membina sebuah landasan miniatur terpanjang di dunia. Untuk tujuan ini, mereka membina landasan sepanjang 114 km merentasi kawasan pergunungan Scotland dari Fort William sehingga ke bandar Inverness.

BESARKAN TEKS     A-  A+

the biggest little railway in the world

Usaha dan rakaman perjalanan pertama model kereta api mereka itu telah dirakam dan disiarkan di kaca televisyen dalam rancangan bersiri lima episod berjudul The Biggest Little Railway in the World yang diterbitkan oleh Channel 4.

Landasan yang dibina itu mengikuti panjang Great Glen atau Glen Albyn, sebuah lembah sempit dan lurus yang merentasi dataran tinggi Scotland menuju kawasan Pergunungan Grampian di barat daya negara itu.

great glen way

Great Glen Way

Sejak dari zaman prasejarah lagi, Great Glen merupakan laluan semula jadi di seluruh dataran tinggi. Terusan Caledonian yang moden juga mengambil kesempatan daripada tasik semula jadi melalui Great Glen dan Jalan A82 yang menghubungkan bandar Inverness dengan Fort William.

Pada awal abad ke-20, percubaan untuk membina landasan kereta api sebenar melalui Glen telah dilakukan tetapi ia tidak berjaya secara komersil dan landasan itu telah ditutup pada tahun 1947.

pengambaran the biggest little railway

Beberapa tahun kebelakangan ini, "Laluan Great Glen" ini menjadi semakin popular di kalangan pendaki dan penunggang basikal kerana cabaran semula jadi yang terdapat pada laluan ini.

Tambahan pula, landskap Great Glen ini boleh menjadi sangat mencabar bagi mana-mana pemaju terutamanya untuk membina sebuah landasan mini bagi kereta api kecil sepanjang satu kaki dan seberat 3 kg.

kumpulan sukarelawan yang membina landasan mini

Bagi menjayakan rancangan rumit untuk memacu kenderaan enjin stim bersaiz kecil melalui kawasan air, hutan dan bukit ini, satu pasukan yang dianggotai 56 sukarelawan telah membina berpuluh-puluh jambatan kecil dan gelung lingkaran untuk mengatasi rupa bentuk Glen yang mencabar ini.

Skala enjin kereta api yang mereka gunakan itu sangat kecil, kira-kira 46:1 berbanding enjin kereta api sebenar. Ini menjadikan keseluruhan perjalanan dari Fort William ke Inverness bersamaan dengan separuh perjalanan kereta api sebenar di Trans-Siberian, landasan terpanjang di dunia dengan jarak lebih daripada 9000 km.

dick strawbridge memegang model kereta api mini

Dick Strawbridge memegang model kereta api mini yang digunakan 

Seorang jurutera British dan penyampai televisyen yang mengetuai projek itu iaitu Dick Strawbridge berkata, salah satu bukit yang didaki oleh kereta api mini itu bersamaan dengan satu setengah ketinggian Everest jika mengikut skala kereta api sebenar.

Strawbridge berkata lagi, televisyen membolehkan anda melakukan idea yang gila. Mereka mula membincangkan perkara ini dengan pihak produksi, membentang dan membahaskan idea bagaimana orang-orang era Victorian di Scotland gagal membina landasan di tanah tinggi. Mereka akhirnya mencapai persetujuan untuk menjalankan projek ini.

kerja membina landasan mini

Syarikat yang mengendalikan pengeluaran dan pengedaran program tersebut iaitu Sky Vision menulis di laman web mereka bahawa, isu-isu logistik bagi membina model kereta api mini untuk memecahkan rekod dunia ini hampir mustahil tetapi boleh dilakukan.

Hujan, permukaan curam, punca kuasa yang mencukupi dan pencarian landasan mini yang mencukupi hanyalah beberapa daripada kesukaran yang mereka hadapi. Akan tetapi, kumpulan penggemar landasan British yang mempunyai jumlah sekitar 100,000 orang di seluruh negara telah membantu projek ini menjadi kenyataan.

landasan mini terpanjang dunia

Ketika pasukan sukarelawan memasang landasan dan kereta api mini mereka bergerak merentasi beberapa pemandangan paling menakjubkan di Britain, Sky Vision akan menyelitkan kisah mengenai bagaimana negara itu membina landasan sebenar kereta api mereka.

Landasan miniatur yang dibina itu adalah cabaran yang begitu besar, sama seperti membina landasan kereta api Britain sebenar sepanjang 128km semasa era Victorian dahulu.

Pasukan sukarelawan itu mengitar semula landasan dengan membuka landasan yang telah dilalui oleh lokomotif (kepala kereta api) dan membawanya lebih kehadapan untuk dipasang. Dengan melakukan perkara ini, mereka berjaya mengurangkan kos tetapi memanjangkan masa perjalanan.

Mereka mengambil masa 12 hari untuk memasang landasan. Kepala kereta api mini itu mula bergerak pada 23 Jun 2017, empat hari setelah pemasangan dimulakan.

Dengan kelajuan 5 kilometer sejam, kereta api itu berjaya tiba di Istana Inverness pada 1 Julai 2017 di mana seramai 150 orang menanti untuk meraikannya. Selain itu, Istana dan Stesen Kereta Api Inverness mini tahun 1950-an juga dibina bagi menyambut ketibaan kereta api yang berjaya memecahkan rekod dunia itu.

Rujukan:

1. Channel 4

2. Amusing Planet

3. Daily Record




Hakcipta iluminasi.com (2017)