Pernahkah anda menggunakan laman web mencari jodoh untuk mencari pasangan? Jika bernasib baik anda mungkin akan bertemu dengan pasangan anda namun tiada jaminan mereka adalah sama seperti mana yang anda lihat di laman web.

Jadi sesetengah laman web mencari jodoh telah mengkhususkan pencarian mereka mengikut minat dan hobi bagi memudahkan pencarian jodoh dilakukan. Akan tetapi ada di antaranya yang dianggap pelik dan unik. Kami ingin kongsikan bersama anda di dalam senarai di bawah ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Diaper Mates

diapers mates 447

Laman web ini adalah laman temu janji untuk mereka yang mempunyai kecenderungan kepada pemakaian lampin dewasa berbanding seluar dalam biasa.

Di dalam laman web ini terdapat pelbagai video, gambar,live chat, dan kisah mengenai perkara yang berkaitan dengan lampin dewasa. Ramai di antara peserta mempunyai kecenderungan fantasi menjadi bayi dewasa. Pelik, tapi benar.

2. Equestrian Cupid

equestrian cupid 515

Bagi mereka yang bujang dan juga pencinta haiwan terutamanya kuda, laman web ini sememangnya untuk anda. Anda boleh mencari pasangan yang mempunyai hobi sama yang gemarkan menunggang kuda di kawasan pendalaman yang jauh dari kesibukan kota.

Pada laman web ini ia menyatakan bahawa tempat mencari jodoh ini adalah untuk mereka yang benar-benar minat akan penunggangan kuda dan menjalani kehidupan desa. Sudah pastinya jika anda mempunyai kuda sendiri adalah lebih baik.

3. Sea Captain Date

sea captain date 221

Jika anda berminat untuk bertemu janji dengan kapten kapal laut atau meminati pelayaran maka laman web ini adalah tempatnya. Di sini anda boleh berhubung, berkawan, menjadi sahabat pena mahupun belayar bersama-sama.

Servis yang ditawarkan laman web ini telah banyak membantu kapten kapal yang kesunyian apabila terpaksa berada di lautan selama berbulan-bulan lamanya.

4. Gothic Match

gothic match

Adakah anda seorang peminat fesyen ghotic dan sukar mencari pasangan yang mempunyai hobi yang sama? Jangan risau kerana di laman web ini anda boleh bertemu dengan ramai lagi wanita atau lelaki bujang yang juga mempunyai minat ke arah gothic.

GothicMarch ini merupakan laman web mencari jodoh seumpamanya yang pertama dan terbesar di internet. Laman web ini telah banyak membantu gadis dan lelaki gothic dan emo untuk bertemu jodoh atau pasangan mereka. Sama seperti laman web lain ia mengandungi forum untuk perbincangan, idea fesyen gothic, berbual dengan ahli yang lain dan banyak lagi.

5. Farmers Only

farmers only

Temu janji atas talian biasanya popular di kalangan penduduk bandar sahaja kerana mempunyai potensi tinggi bagi mereka yang sibuk dengan kerja untuk menggunakan perkhidmatan seumpamanya. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang memilih untuk tidak bekerja dari 9 pagi - 5 petang dan tidak gemar tinggal di hutan batu, ini adalah laman web mencari jodoh yang sesuai.

Ini kerana di zaman moden ini para petani juga telah menggunakan internet akan tetapi tidak berminat untuk tinggal di bandar. Slogan yang digunakan di laman web ini ialah " Orang bandar tidak akan memahaminya".

6. Gluten Free Singles

gluten free singles

Terdapat sesetengah orang yang mengamalkan diet bebas gluten, samada mereka mempunyai alahan terhadap gluten atau mereka berhenti memakannya untuk sebab lain. Jadi adalah sedikit sukar untuk mempunyai pasangan yang berlainan diet dengan mereka.

Jadi laman web Gluten Free Singles ini memberikan kemudahan untuk mereka yang mempunyai diet yang sama untuk mencari pasangan. Bukan sahaja bertemu janji malah anda boleh menyertai komuniti bebas gluten ini untuk berkongsi resepi, berbincang dan juga mendapat sokongan mereka. Jadi tiada masalah lagi untuk memilih makanan jika keluar makan bersama.

7. Meet an Inmate

meet an inmate 516

Apabila seseorang penjenayah itu disabitkan dengan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara, maka hampir semua harapannya akan hancur. Namun terdapat laman web yang boleh membantu banduan di dalam penjara untuk mencari pasangan hidup.

Meet an Inmate menawarkan perkhidmatan khusus kepada mereka yang menjalani hukuman penjara untuk bercinta dan dicintai. Bukan itu sahaja malah anda di luar juga boleh menjadi sahabat pena mereka. Ini membantu para banduan untuk menghilangkan rasa bosan, tambahan pula jika dijatuhkan hukuman penjara buat jangka waktu yang lama.

8. Positive Singles

positive singles

Walaupun laman web ini kedengaran seperti tempat mencari jodoh bagi orang yang mempunyai sikap positif, namun bukanlah itu kisahnya. Positive Singles sebenarnya laman web mencari jodoh bagi mereka yang telah disahkan positif menghidap penyakit berbahaya atau berjangkit seperti HIV, Herpes dan sebagainya.

Kebiasannya bagi mereka yang disahkan positif bagi penyakit seperti ini, mereka selalunya akan berasa terasing. Jadi tujuan utama laman web ini adalah untuk menemukan mereka dengan orang lain yang senasib dengan mereka. Di laman ini mereka tidak akan merasa ditolak seperti mana dunia memulaukan mereka.

9. Vampire Passions

vampire passions

Laman web mencari jodoh ini mungkin kurang sesuai untuk manusia biasa seperti kita. Ini kerana laman web ini dikhususkan bagi mereka yang merasakan diri mereka pontianak atau vampire. Mereka boleh mencari pasangan melalui jenis vampire atau jenis golongan darah yang mereka minat.

Laman web ini bukan sahaja menarik minatvampire sahaja untuk menyertainya, malah kepada mereka yang meminativampireataupun pemburu pontianak juga mendaftar mencari pasangan di sini.

10. Clown Dating

clown dating 571

Bagi anda yang takutkan badut, laman web mencari jodoh ini mungkin tidak sesuai dengan anda. Akan tetapi bagi mereka yang minat atau bekerja sebagai badut, maka inilah tempatnya. Sejak kebelakangan ini, badut dilihat sebagai sesuatu yang agak menakutkan berbanding kelakar.

Di sebalik mekap yang tebal dan hidung berwarna merah badut, mereka sebenarnya hanyalah manusia biasa yang memerlukan kasih sayang. Di dalam laman web ini mereka boleh mencari jodoh dengan pasangan yang mempunyai minat yang sama.

Rujukan:

Worldlifestyle




Hakcipta iluminasi.com (2017)