media prima beli the vocket

Setelah 1 tahun 7 bulan berunding, akhirnya kini Media Prima telah menjadi pemegang majoriti saham dalam The Vocket. Gergasi media ini memperoleh 54% saham dengan bayaran berjumlah RM2.6 juta.

Bagi yang tidak mengetahui, Media Prima adalah pemilik REV Asia, yang mana kini mengendalikan laman-laman sesawang popular di Malaysia termasuklah OhBulan!, Says, KongsiResepi, SirapLimau, MyResepi, Rojaklah, JUICE, 8Coin dan Viral Cham.

iluminasi.com ingin berkongsi kronologi pembelian laman web oleh REV Asia (Media Prima).

Penubuhan REV Asia

penubuhan rev asia kronologi pembelian laman web oleh rev asia

Sebelum terbentuknya REV Asia, Says dan Catcha Media adalah dua entiti berbeza yang sudah menempa dalam bidang media elektronik di Malaysia.

Dengan agenda dan matlamat untuk memfokuskan sasaran ke arena pengiklanan digital dengan lebih meluas dan menjadi kumpulan media digital terkemuka di Malaysia, kedua-dua syarikat ini telah memutuskan untuk bergabung.

Penggabungan yang bernilai RM60 juta ini berlaku pada Mei 2013 dan telah menghasilkan sebuah syarikat baru yang diberi nama REV Asia. REV Asia diterajui oleh pengasas bersama Says yang juga merupakan wakil 500 Startups di Asia Tenggara, iaitu Khailee Ng.

khailee ng pengerusi lembaga pengarah rev asia

Kredit gambar : Asian Entrepreneur

Beliau memegang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah, dibantu oleh pengarah urusan REV Asia, Voon Tze Khay. Gabungan ini dilihatkan sebagai antara salah satu pencabar yang mampu menggugat Media Prima sebagai kuasa media utama di Malaysia.

REVAsia ambil alih Ohbulan

pembelian ohbulan oleh rev asia kronologi pembelian laman web oleh rev asia

Setelah lebih setahun aktif sebagai kumpulan baru, REV Asia mula mengorak langkah dalam menjadi kuasa besar media elektronik Malaysia. Ia dilakukan dengan mengambil alih antara salah satu portal hiburan dan gaya hidup berbahasa Malaysia yang terkenal di Malaysia iaitu OhBulan!.

Tindakan ini dilihatkan sebagai satu tindakan bijak dalam usaha menambahkan kandungan dan pengaruh elektronik di bawah jenama mereka. Dengan penyertaannya, OhBulan! menjadi antara watak utama dalam REV Asia.

hafriz zulpakar pengarah urusan rev asia

Kredit gambar: Catcha Media

Hafriz Zulpakar, yang merupakan bekas Pengarang Urusan OhBulan! diserap masuk ke REV Asia sebagai Pengarah Urusan bagi kandungan berbahaya Malaysia.

Pengambialihan ini juga dilihatkan mempelbagaikan portfolio REV Asia yang kini terdiri daripada antara 2 bahasa utama di Malaysia.

Jumlah harga pengambilalihan pada September 2014 itu walaubagaimanapun tidak diumumkan.

REV Asia ambil alih 3 lagi portal berbahasa Malaysia

siraplimau kronologi pembelian laman web oleh rev asia 340

Pada tahun 2016, REV Asia sekali lagi melebarkan sayap media digital mereka dengan melakukan satu lagi langkah drastik.

Selepas 2 tahun mengambil alih OhBulan!, REV Asia kali ini lebih yakin menambah portfolio mereka dengan mengambilalih bukan satu dan bukan dua tetapi 3 laman portal Melayu sekaligus.

SirapLimau, MyResepi dan KongsiResepi kini berada di bawah kendalian gergasi media ini selepas urusan yang menelan kos sebanyak RM2.65 juta.

kronologi pembelian laman web oleh rev asia

Sekali lagi REV Asia mengambilalih portal berbahasa Malaysia dan tindakan ini dilihat sebagai usaha dalam mengukuhkan portfolio mereka yang berbahasa Malaysia.

Ia bukan sahaja meluaskan pengaruh REV Asia malah membantu menambahkan pendapatan syarikat dalam menjadi penyedia platform pengiklanan digital terkemuka di Malaysia. 

Media Prima ambil alih REV Asia

media prima beli rev asia kronologi pembelian laman web oleh rev asia

Melihatkan langkah REV Asia semakin deras dengan corak pengaruh yang pelbagai, Media Prima tidak duduk diam dan tahu bahawa mereka juga perlu melakukan sesuatu.

Selepas pengumuman dilakukan melalui Bursa Malaysia, ia adalah sah bahawa Media Prima, peneraju syarikat media utama Malaysia telah mengambil alih REV Asia Holdings pada 8 Mei 2017.

Pengambilalihan yang menelan kos sebanyak RM105 juta itu juga menjadikan kunjungan ke laman sesawang mereka oleh pengguna berada di kedudukan ke-3 di Malaysia, selepas Google dan Facebook.

media prima beli rev asia kronologi pembelian laman web oleh rev asia 2

Media Prima sekaligus menambahkan syarikat-syarikat di bawahnya yang terdiri daripada REV Digital, REV Entertainment, REV Social Malaysia, REV Lifestyle dan juga REV Social International.

Pengamabilalihan yang seleasi pada suku ke-3 tahun 2017 itu juga menjadikan portal-portal seperti OhBulan, JuiceOnline, Rojaklah, ViralCham, SirapLimau, KongsiResepi, 8Coin, Klips dan MyResepi kini beroperasi di bawah kendalian Media Prima.

Media Prima ambil alih The Vocket

media prima beli vocket kronologi pembelian laman web oleh rev asia

Dan yang paling terbaru adalah pengambilalihan laman portal The Vocket oleh Media Prima melalui anak syarikatnya REV Asia meninggalkan pesaing-pesaing dalam dunia media digital jauh berbatu-batu.

Dengan kos RM2.6 juta, Media Prima kini menjadi pemegang terbesar laman tersebut iaitu memperoleh 52% pegangan.

mohd fazreen jasni pengasas dan ceo vocket

Kredit gambar: vocket

Menurut pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif The Vocket, Mohd Fazreen Jasni, proses perundingan tersebut mengambil masa yang sangat lama iaitu 19 bulan, sebelum mencapai kata sepakat.

Dengan ini, Vocket secara langsung menyertai gabungan media terbesar di Malaysia yang mana dilihat bakal melebarkan sayap menyediakan kandungan-kandungan seperti percutian, gaya hidup, teknologi, berita semasa dan banyak lagi.

Rujukan:

1. Amanz [1] [2] [3] [4] [5]


tags : , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)