Selain Facebook, Instagram dan Iluminasi, laman web apakah yang anda gemar layari ketika mempunyai waktu terluang? Bagi sesetengah orang, mereka jadikan laman web seperti 9gag, reddit, 4chan dan Quora sebagai tempat 'lepak' mereka di alam maya. Bagaimana dengan anda?

laman web pelik dan unik untuk buang masa

Sekiranya anda tak tahu mahu buat apa lagi di alam maya atau internet ini, di sini kami kongsikan kepada anda beberapa laman web yang kami dapati pelik namun menarik untuk dilayari. Jika anda berasa bosan anda boleh cuba melayari laman web yang diberikan ini. Anda pasti akan menyukainya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kesemua blog ini sebenarnya telah lama dibina. Bahkan ada yang didirikan sejak tahun 90an lagi. Jadi peringatan kami kepada anda, pastikan anda 'enable' plugin Flash untuk tidak mengalami sebarang masalah ketika melayari laman-laman sesawang yang pelik ini

1. Clever-Bot

laman web pelik laman web cleverbot

Bila anda terasa sunyi atau bosan, buka saja laman web ini. Di dalam laman web ini, anda boleh bercakap atau bertanyakan soalan kepada bot yang pintar. Anda akan kagum dengan jawapan yang diberikannya.

Bot ini boleh membantu anda mengisi masa terluang. Anda mungkin menghabiskan masa berjam-jam di laman web ini tanpa disedari. Bagi mereka yang belum berteman, mungkin Clever-Bot dapat membantu anda jika kesunyian.

Pautan: Clever-Bot

2. Feed the Head

laman web pelik feed the head

Adakah anda seorang yang bijak? Laman web Feed The Head ini menguji sama ada anda benar-benar genius atau tidak. Anda akan mendapati satu kepala yang besar dan anda boleh melakukan pelbagai perkara pelik dengannya. Teka-teki apakah yang perlu anda selesaikan? Semoga berjaya.

Pautan: Feed The Head

3. Snap Bubbles

laman web pelik snap bubbles

Pernahkah anda menerima hadiah yang dibalut dengan plastik meletup yang berbentuk bulatan kecil? Menjadi satu kepuasan apabila dapat meletupkan bulat-bulat kecil itu satu persatu dengan jari, bukan? Kini anda boleh meletupkannya sepanjang hari di laman web ini. Anda boleh menghilangkan stress dan mungkin menjadi peminat tegar plastik letup ini.

Pautan: Snap Bubbles

4. Pointer Pointer

laman web pelik pointerpointer

Pelik tetapi lucu kerana laman web ini menunjukkan anda tempat yang ditunjuk. Ya benar, tunjuk tempat yang ditunjuk! Terdapat banyak gambar yang ditunjuk dan berubah kepada yang lain apabila tetikus digerakkan. Tak faham apa yang kami cuba sampaikan? Klik link di bawah dan cuba dulu, baru tahu.

Pautan: Pointer Pointer

5. Map Crunch

laman web pelik mapcrunch

Laman ini membawa anda ke serata dunia secara rawak. Digemari oleh mereka yang suka melancong, anda akan dibawa melihat jalan di seluruh dunia dengan sudut 360 darjah.

Gunakan tetikus anda untuk melihat sekeliling sudut gambar yang diberi. Maklumat nama jalan dan tempat rawak itu juga akan disertakan. Tekan butang “Go” jika anda ingin pergi ke tempat yang berbeza. Selamat melancong dengan percuma!

Pautan: Map Crunch

6. Arkadia

laman web pelik arkadia

Laman web yang hebat ini juga menarik untuk dikunjungi. Mengandungi ilusi optik di antara yang terhebat di dalam internet. Ia memfokuskan pada gambar ilusi yang akan mengagumkan anda. Sila cuba sendiri dan anda akan faham apa yang kami maksudkan.

Pautan: Arkadia

7. Flight Radar

laman web pelik flightradar24 com

Tahukah anda bahawa anda boleh mengintip setiap kapal terbang yang berada di udara? Ya benar, anda boleh lakukannya di laman web ini yang mengandungi data hampir keseluruhan kapal terbang yang sedang dalam penerbangan menuju ke destinasi.

Tidak dapat dipastikan apakah tujuan sebenar pemilik laman web ini membangunkannya. Cuba buka dan klik pada mana-mana pesawat untuk mengetahui maklumat lanjut mengenainya.

Pautan: Flight Radar

8. Staggering Beauty

laman web pelik staggering beauty

Laman web yang kami dapati lucu ini dapat mengurangkan stress. Ia mengandungi seekor cacing yang bergerak dan juga animasi yang menyilaukan. Cacing itu bergerak mengikut penunjuk tetikus setiap kali digerakkan. Gerakkan tetikus dengan laju dan anda akan kagum dengan apa yang bakal terjadi.

Pautan: Staggering Beauty

9. Tholman

laman web pelik tholman

Laman terbaik untuk bermain dengan teks dan lukisan. Layari laman web ini dan tambah teks anda pada menu di sebelah kanan, kemudian klik kiri pada tetikus dan gerakkannya. Anda akan faham apa yang kami perkatakan sejurus anda mencubanya.

Pautan: Tholman

10. Zoom Quilt

laman web pelik zoomquilt

Salah satu lagi laman web ilusi optik dan juga antara yang terbaik. Luangkan masa anda untuk merasa kagum di laman web ini. Boleh juga mengurangkan stres dan mengisi masa lapang di sini.

Pautan: Zoomquilt

11. Ling's Cars

laman web pelik lings cars

Anda mungkin biasa melayari laman web yang menjual kereta terpakai, namun Ling’s Cars menawarkan lebih dari itu. Dengan tema laman webnya yang gila-gila, dia menyediakan permainan, kuiz dan teka-teki di dalamnya. Pemiliknya yang berketurunan Cina itu menjual kereta terpakai di Britain dengan harga berpatutan.

Pautan: Ling's Cars

12. News of Future

laman web pelik newsoffuture

Ramai di antara kita yang ingin mengetahui apa yang akan terjadi di masa hadapan. Di dalam laman web ini, dimuatkan berita-berita dari seluruh dunia pada masa hadapan. Berita masa hadapan yang dipaparkan ialah bermula tahun 2020 dan ke atas. Walaupun pelik, namun ia agak menarik untuk anda kunjungi. Siapa tahu mungkin berita tentang anda juga telah tersiar.

Pautan: News of Future

13. Creepy Pasta

laman web pelik creepypasta

Anda seorang peminat cerita seram atau misteri? Laman web ini ialah antara yang terbaik dalam mengumpulkan cerita seram, misteri, mendebarkan dan sebagainya. Menjadi platform bagi semua cerita yang dikumpul dari laman web lain, ia juga mengandungi pelbagai filem dan klip yang menyeramkan.

Pautan: Creepy Pasta

14. Anomalies Unlimited

laman web pelik anomalies unlimited

Jika anda seorang peminat teori konspirasi, ini adalah laman web yang patut anda kunjungi. Mengandungi pelbagai maklumat mengenai perkara pelik, aneh dan mengejutkan dari serata dunia. Banyak informasi yang diberikan menarik dan boleh diterima pakai. Luangkan masa anda melayarinya, pendapat anda tentang sesuatu perkara mungkin berbeza selepas ini.

Pautan: Anomalies Unlimited

Semoga perkongsian kami kali ini membantu anda mengurangkan tekanan di samping anda dapat mengenali laman web pelik yang terdapat dalam internet. Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikannya dengan orang lain.




Hakcipta iluminasi.com (2017)