Oleh pada 20 Jan 2018 kategori

farid kamil hilang sebelum insiden tampar

Kredit foto: Instagram Farid Kamil & Instagram Yana Samsudin 

Adik ipar aktor dan sutradara, Datuk Farid Kamil, Yana Samsudin, mendedahkan abang iparnya belum dihantar ke kampung halaman buat masa ini dan masih berada di Kuala Lumpur.

Selain daripada itu, Yana enggan bercerita lanjut kerana tidak mempunyai maklumat lengkap.

Yana, 34, meminta pihak media memulangkan pertanyaaan berkenaan kepada suaminya kerana beliau yang menguruskan hal terbabit.

“Farid masih ada di sini dan belum pulang ke kampungnya di Kedah. Namun apa-apa perkembangan mengenai beliau perlu ditanya kepada suami saya, Fadzil kerana dia yang menguruskan hal ini,” kata Yana atau nama penuhnya, Norliana Samsudin.

Yana membuat kenyataan tersebut di majlis tayangan program 2018 Media Prima di sebuah hotel terkemuka di ibu kota pada Khamis. 

Sementara itu, Yana berkata, mereka sekeluarga menyambut dugaan yang menimpa Farid sebagai salah satu hikmah.

Yana memberitahu sehari sebelum kejadian Farid menampar polis, mereka sekeluarga sedang dalam usaha menghubungi dan mengesan aktor itu kerana 'hilang'.

“Namun takdir Tuhan tiada siapa dapat menghalang ia daripada berlaku. Saya berharap kejadian tersebut dapat memberi pengajaran dan iktibar kepada semua orang,” kata Yana sambil mengucapkan syukur kerana Farid dibebaskan daripada reman.

Terdahulu, aktor itu mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan iaitu dua tuduhan menyebabkan kecederaan selain berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu tugas penjawat awam di Balai Polis Kota Damansara.

Beliau diikat jamin RM12,000 untuk semua pertuduhan. Mahkamah menetapkan 5 Mac ini untuk tarikh sebutan semula kes.

Sumber berita: Utusan Online 

tags : , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)