Sumber foto: teamtalk.com
Bekas penyerang Coventry dan West Bromwich, Cyrille Regis yang berumur 59 tahun disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada Ahad lalu.
Sepanjang 19 tahun kerjaya sebagai pemain bola sepak, Regis tampil sebanyak 614 kali menerusi liga dan mempunyai 5 kap antarabangsa bersama skuad England.
Pada tahun 2004, Regis diundi sebagai wira West Brom sepanjang zaman oleh peminat bolasepak.
Berita sedih itu diumumkan oleh Persatuan Pemain Bolasepak Profesional melalui akaun Twitter sambil meluahkan bahawa kita telah kehilangan seorang lagenda.
Regis dilahirkan di French Guiana pada Februari 1958. Beliau kemudiannya berpindah ke London bersama ahli keluarganya sewaktu berumur 5 tahun.
Kemunculannya dalam arena bola sepak bukan sebagai pemain remaja ranking kelab profesional. Namun, kebolehannya dicungkil oleh pengerusi kelab bukan liga Surrey (Athenian League), Molesey.
Pada Mei 1977, West Brom menandatangani kontrak Regis dengan jumlah £5,000 (RM27,000). Bahkan, beliau menunjukkan prestasi memukau menerusi dua gol semasa berlawan dengan Rotherham dalam Piala Liga pada September 1977.
Untuk info lengkap, Regis telah tampil dalam 301 aksi untuk The Baggies, menjaringkan 112 gol antara tahun 1977 dan 1984, setelah membina kerjaya profesional bersama kelab berkenaan.
Sumber berita: Harian Metro