Memiliki ketinggian yang luar biasa mungkin menjadi satu kelebihan dan juga boleh menjadi keburukan. Terlalu tinggi adalah sesuatu yang dilihatkan sebagai tidak normal, namun jika ia digunakan ke arah perkara yang betul, maka ia membawa kebaikan.
Sebagai contoh, majoriti daripada pemain bola keranjang adalah daripada kalangan mereka yang tinggi, membuatkan individu bertubuh badan rendah sukar untuk bersaing.
BESARKAN TEKS A- A+
Dan dalam sukan lain seperti bola sepak, tubuh badan yang tinggi lampai sangat berguna bagi seorang penjaga gol dan juga penyerang, di mana memudahkan penjaga gol menjaga gawang dan penyerang mudah bersaing apabila bola berada di udara.
Dan sepanjang sejarah bola sepak yang berabad lamanya, terdapat beberapa pemain yang mempunyai ketinggian yang melebihi paras normal sehinggakan menjadi tumpuan. iluminasi.com ingin berkongsi dengan pembaca 5 pemain bola sepak paling tinggi dalam sejarah.
5. Costel Pantilimon
Tinggi: 2.03 meter
Negara: Romania
Posisi: Penjaga gol
Costel Pantilimon adalah nama yang tidak asing bagi peminat Liga Perdana Inggeris. Dengan ketinggian 2.03 meter, Costel bukan sahaja penjaga gol paling tinggi tetapi juga pemain bole sepak paling tinggi dalam Liga Perdana Inggeris.
Beliau merupakan penjaga gol pilihan kedua bagi kelab Manchester City pada musim 2012 hingga 2014. Pada tahun 2011, beliau telah berpindah dari Politehnica Timișoara, kelab Romania, di belakang Joe Hart selepas penjaga gol kedua, Shay Given mengalami kecederaan.
Pantilimon menggunakan kelebihan tubuh badannya yang besar dan tinggi sebaik-baiknya sebagai penjaga gol. Salah satu contoh utama adalah ketika persembahannya bersama Romania menentang Perancis pada Pusingan Kelayakan Euro 2012, di mana beliau tidak bolos dan Romania menang dengan jaringan 2-0.
4. Lacina Traore
Tinggi: 2.03 meter
Negara: Ivory Coast
Posisi: Penyerang
Pemain penyerang dari Ivory Coast dengan ketinggian 2.03 meter ini adalah pemain paling tinggi di benua Afrika, dan ke-4 di dunia. Dengan tubuh badan yang sangat tinggi, beliau membuatkan semua pemain pertahanan bimbang apabila menghadapi tendangan sudut.
Lacina memulakan kariernya bersama kelab Stade d'Abidjan di Ivory Coast sebelum berpindah ke CFR Cluj di Romania. Beliau kemudiannya menjadi pemain utama dan menjaringkan 14 gol dalam 44 penampilan. Dengan yuran perpindahan sebanyak RM28.7 juta, Lacina berpindah ke kelab Rusia iaitu FC Kuban pada tahun 2011.
Apabila ditanya mengenai kelebihan yang dimiliknya yang dianggap tidak adil, Lacina memberitahu bahawa beliau bukan hanya bergantung kepada ketinggiaannya tetapi juga kepada tetapi juga pada kelajuan dan kekuatannya.
3. Vanja Iveša
Tinggi: 2.06 meter
Negara: Croatia
Posisi: Penjaga gol
Vanja Ivesa merupakan pemain ke-3 tertinggi di dunia dengan ketinggian 2.06 meter. Penjaga gol veteran berusia 40 tahun dari Croatia ini pernah bermain di beberapa kelab di dalam dan luar Croatia.
Vanja memulakan kariernya pada tahun 1995 bersama kelab tempatan di tempat lahirnya, NK IStra. Selepas bermain untuk 2 kelab di Croatia, beliau beralih arah ke Liga Australia bermain untuk Sydney United FC pada tahun 2002.
Kini Vanja bermain untuk kelab Istra 1961 dan merupakan pemain tertua dalam Liga Bola Sepak Pertama Croatia.
2. Paul Millar
Tinggi: 2.08 meter
Negara: Scotland
Posisi: Penyerang
Dengan ketinggian 6 kaki 10 inci bersamaan 2.08 meter, Paul Millar adalah pemain paling tinggi dalam sejarah bola sepak British. Untuk memberikan idea betapa tingginya Paul, biar kami beritahu apa yang harus dilakukan oleh kelabnya iaitu Elgin City FC.
Semasa berjalan masuk ke padang, Paul Millar kerap kali terhantuk kepalanya dengan pintu masuk, jadi kakitangan kelab terpaksa meninggikan pintu masuk tersebut supaya beliau boleh berjalan tanpa sebarang masalah.
Selain bermain bola sepak secara profesional, Paul juga merupakan seorang pegawai bomba sepenuh masa di RAF Kinloss berpangkalan di Moray, Scotland. Dengan 66 penampilan dan 15 gol untuk Elgin City, Paul Millar boleh dikatakan seorang pemain yang hebat. Beliau kali terakhir bermain untuk kelab Deveronvale di Scotland.
1. Kristof van Hout
Tinggi: 2.08 meter
Negara: Belgium
Posisi: Penjaga gol
Berusia 31 tahun, Kristof van Hout diiktiraf sebagai pemain bola sepak dan penjaga gol paling tinggi di bumi dengan ketinggian 2.08 meter berkongsi kedudukan dengan Paul Millar.
Kristof memulakan kariernya dalam bola sepak di Belanda dengan bermain untuk kelab Willem II, bekas kelas Jaap Stam sebelum beliau berpindah ke PSV. Ketika 3 tahun berada di Willem, Kristof gagal melakukan penampilan senior dan dipinjamkan kepada kelab K.V. Kortijk.
Beliau kemudiannya berpindah ke Standard Liege, antara kelab paling berjaya di Belgium. Tempatnya di Standard Liege tidak begitu memberi kesan membuatkan Kristof dipindahkan kembali ke K.V. Kortrijk pada tahun 2011.
Kini beliau bermain untuk kelab Westerlo dalam Liga Pro Belgium.