Sebenarnya, dalam aspek memberi, kita tidak perlu menjadi kaya-raya untuk membantu orang lain. Bak kata pepatah, "When you have nothing is when you need to give". Jika kita hendak menunggu menjadi senang-lenang baru kita mahu memberi, percayalah, bahawa saat itu tak akan pernah tiba.

Kerana sememangnya lumrah manusia yang kita tak pernah berasa cukup, melainkan kita bersyukur dengan pemberian. Dan bersyukur di sini bukanlah hanya dengan kata-kata, tetapi dengan perbuatan. Dan perbuatan yang menunjukkan kita bersyukur adalah memberi, menderma atau dengan kata lain membantu mereka yang kurang bernasib baik.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dan jangan salah faham, tak perlu kita membantu semua orang yang susah di dunia ini, tetapi cukup dengan buat apa yang termampu. Jika semua orang memainkan peranan ini, dunia pastinya menjadi lebih baik.

Itulah apa yang dilakukan oleh saudara yang berhati mulia, Kuan Chee Heng yang sangat prihatin dengan mereka yang kurang bernasib baik. Beliau menjadi tular disebabkan oleh kerja-kerja amal yang dilakukannya. 

Siapa Kuan Chee Heng?

kuan chee heng bukti kemanusiaan masih wujud 2

Merupakan seorang berbangsa Cina dan berasal dari Kampung Bukit Chermai, Batu Pahat, Johor, Kuan Chee Heng juga seorang ahli perniagaan yang banyak menghulurkan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik tanpa mengira latar belakang bangsa, agama dan keturunan.

Beliau banyak memfokuskan bantuannya terutama di kawasan Puchong, Selangor. Jika ingin melihatkan status, beliau bukan lah orang kenamaan. Beliau juga bukan seorang datuk dan jauh sekali terliabt dalam mana-mana parti politik. 

kuan chee heng bukti kemanusiaan masih wujud 9

Namun, profil Facebooknya mempunyai 305,016 pengikut disebabkan kerja-kerja amal yang dilakukannya. 

"Aku bukan orang kaya. Aku asal orang miskin. Keluarga aku sangat susah, jadi aku dapat rasa betapa sukarnya hidup dalam kemiskinan," jelas Kuan yang sangat suka membantu.

Beliau melakukan pelbagai aktiviti dalam usaha memberikan suntikan positif kepada masyarakat dan lebih kepada membantu mereka yang susah, lapar dan sakit.  

Projek-projek amal Kuan Chee Heng

Antara kerja-kerja amal yang dilakukan oleh Kuan termasuklah ambulan 10 sen, teksi 10 sen, perpustakaan 10 sen, rumah RM1, van jenazah RM1 dan juga pasar 10 sen di mana beliau memberikan makanan kepada mereka yang kurang berkemampuan. 

Kuan memulakan projek van jenazah 10 sen disebabkan satu insiden yang berlaku kepada rakannya. Ketika bapa kepada rakannya meninggal, berlaku kesukaran untuk membawa pulang mayat ke kampung halaman kerana mengalami masalah kewangan.

kuan chee heng bukti kemanusiaan masih wujud 3

Beliau ketika itu terfikir mengapa beliau sendiri tak membantu padahal beliau berkemampuan untuk membantu. Menyedari ia merupakan satu peluang untuk membantu, membuatkan beliau memulakan projek van jenazah RM1.

Bagi projek perpustakaan 10 sen pula, ia bertujuan menyediakan tempat yang selamat bagi kanak-kanak yang tinggal di Program Perumahan Rakyat di Pinggirana Bukit Jalil untuk belajar dan membaca. 

Kanak-kanak di kawasa itu yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah biasanya tidak mempunyai tempat untuk belajar di rumah. Malah, ada di kalangan kanak-kanak perempuan yang terpaksa belajar di tangga, yang akan mengundang bahawa.

Perpusatakaan yang disediakan mempunyai pendingin hawa dan minuman disediakan, serta pinjaman buku hanya dicaj 10 sen sahaja. Malah, penjaga perpustakaan berfungsi sebagai kaunselor.

Selain itu, Kuan Chee Heng juga mempunyai dua buah rumah teres dua tingkat yang mana satu daripadanya dijadikan rumah sewa bagi keluarga yang pesakit dimasukkan ke hospital, dengan bayaran RM1 untuk satu malam.

Sebuah lagi rumah akan dijadikan tempat perlindungan sementara untuk isteri didera.

Aktif membanteras kegiatan jenayah

Kuan Chee Heng bukan sahaja membantu mereka yang berada dalam kesusahan, malah beliau juga aktif dalam membanteras kes-kes jenayah yang berlaku di sekitar. Beliau adalah pengasas Persatuan Kepolisan Komuniti Malaysia yang pernah membantu polis menyelesaikan kes-kes jenayah berat termasuklah pembunuhan, rogol, gengsterisma dan penipuan yang melibatkan kerugian beratus ribu ringgit.

kuan chee heng bukti kemanusiaan masih wujud 4

kuan chee heng bukti kemanusiaan masih wujud 5

Beliau sering mengingatkat diri sendiri bahawa kita yang sihat sepatutnya membantu mereka yang tidak berupaya kerana kita tak tahu satu hari nanti kita pula yang akan berada di tempat mereka.

Dan menjadi lumrah hidup apabila kita melakukan sesuatu kebaikan pasti ada ujiannya. Beliau kerap kali juga mendapat kecaman daripada mereka yang tak senang dengan tindakannya. Namun positif dengan apa yang dilakukan, beliau menasihati agar tidak memfokus kepada tohmahan orang luar yang hanya ingin menjatuhkan sahaja.

kuan chee heng bukti kemanusiaan masih wujud 7

kuan chee heng bukti kemanusiaan masih wujud 6

Sangat menyenangi Al-Quran

Walaupun berbangsa Cina, namun beliau sangat fasih bertutur dalam bahasa Malaysia dan kadang-kadang menggunakan petikan ayat Al-Quran ketika bercakap. Menurut Kuan, beliau diberikan terjemahan ayat Al-Quran ketika ibu mertuanya terlantar sakit yang membuatkan dirinya tenang, dan sejak itu beliau amat menyenangi Al-Quran.

Selain itu, Kuan membesar di kampung yang majoritinya orang Melayu, oleh itu beliau fasih berbahasa Malaysia. Antara ayat-ayat Al-Quran yang memberi kesan terbesar pada diri Kuan adalah dari surah Al-Baqarah ayat 287 yang bermaksud:

“Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan batas kemampuannya,"

Pihak iluminasi.com sangat berbangga kerana Malaysia masih mempunyai rakyat yang sangat prihatin seperti Kuan Chee Heng yang mampu mengubah negara kita ke arah negara yang lebih prihatin.




Hakcipta iluminasi.com (2017)