Sumber foto: skyscrapercenter.com

Menara baru dengan ketinggian 492.3 meter menewaskan mercu tanda negara Menara Berkembar Petronas KLCC.

Menara baru setinggi 106 tingkat bukan hanya tertinggi di Malaysia tetapi juga di Asia Tenggara.

Exchange 106, yang dibina anak syarikat Mulia Group dari Indonesia, di Tun Razak Exchange sudah mencapai ketinggian 450 meter dalam tempoh 19 bulan sejak ia mula dibina pada Mei 2016.

Bangunan pencakar langit itu dibangunkan Mulia Property Development Sdn Bhd dan dijangka siap Jun tahun ini.

Syarikat itu dalam kenyataannya berkata:

Exchange 106 menarik perhatian dalam tempoh 12 bulan lalu, menjadi penanda aras industri untuk kaedah kerja, kualiti bahan dan paling ketara kepantasan ia dibangunkan.

klcc bukan lagi menara tertinggi di malaysia 2

Sumber foto: peraktoday.com.my

Menara Berkembar Petronas, atau KLCC, yang siap tahun 1996 pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia antara 1998 hingga 2004. Bangunan tertinggi di Malaysia sebelum ini itu mempunyai ketinggian 452 meter.

klcc bukan lagi menara tertinggi di malaysia 3

Menara Taipei 101 di Taiwan. Sumber foto: designbuild-network.com

Seterusnya bangunan yang tertinggi di dunia dipegang menara Taipei 101 di Taiwan sehingga 2010.

klcc bukan lagi menara tertinggi di malaysia 4

Menara Burj Khalifa di Dubai. Sumber foto: menitdunia.blogspot.com

Burj Khalifa di Dubai, Emiriah Arab Bersatu kini mencatatkan bangunan paling tinggi di dunia dengan ketinggian 828 meter.

Sumber berita: The Malay Mail Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)