rosalyn dan anak anak

Pada 31 Januari 1997, Rosalynn Michelle McGinnis yang berusia 10 tahun menunggu bas untuk pulang dari sekolah. Bagaimanapun abang tirinya pula didapati hadir dengan sebuah trak, berkata ibunya meminta  membawa Rosalynn terus ke sebuah hotel yang terletak di Tulsa, 2 jam daripada bandar Oklahoma - di katakan di mana ibunya mahu berjumpa.

Rosalynn tidak mengesyaki apa-apa kerana ayah tirinya Henri Piette yang dikenali, ada di situ mengatakan ibunya sedang dalam perjalanan semasa mereka ke Tulsa. Malangnya, ketika sudah melepasi Oklahoma, Piette mula berbohong menukar cerita mengatakan ibunya besar kemungkinan tidak akan menyertai mereka, mahu menyerahkan Rosalynn pada jagaan Piette.

rosalynn mcginnis story

Rosalynn tidak mengesyaki apa-apa walaupun lelaki itu sudahpun berpisah dengan ibunya lebih setahun. Ibunya pula ketika itu sedang menjalani program pemulihan dan perlindungan bagi wanita mangsa dera.

Ekoran Rosalynn tidak muncul selepas waktu sekolah tamat, ibunya menyedari berlaku sesuatu yang buruk telah berlaku. Bagaimanapun apa yang bakal berlaku, merupakan sesuatu yang jauh lebih buruk daripada apa yang dijangkakan berlaku.

Dikahwinkan dan menjadi 'isteri' kepada ayah tiri

majlis perkahwinan mcginnis

Ditemani adik-beradik tirinya yang turut serta dalam perjalanan itu, setibanya mereka di Tulsa - Piette bertindak menukar kenderaan yang mereka naiki ke sebuah kenderaan lain. Selama lebih setahun mereka sekeluarga termasuklah Rosalynn dibawa mengelilingi Amerika Syarikat, tinggal di motel murah serta taman trailer.

Dalam tahun yang sama, Rosalynn 'dikahwinkan' kepada Piette dalam satu upacara ringkas yang dilangsungkan oleh abang tirinya. Hasil 'pernikahan' itu, Rosalynn mengandung buat kali pertama pada usia 11 tahun sebelum kandungannya gugur. Janin yang terbentuk dijiruskan ke dalam lubang jamban atas arahan Piette.

Piette sedar tindakannya menculik Rosalynn menyebabkan mereka tidak boleh berada lebih lama di Amerika Syarikat. Dia membawa keluarganya ke Mexico merentasi sempadan di pekan Sonora. Bagi memastikan rancangannya berjaya, Rosalynn diminta menyamar; mewarnakan rambutnya hitam dan memakai cermin mata.

Helah Piette berjaya dan tibalah Rosalynn ke Mexico negara asing baginya, yang bakal menjadi neraka baru hidupnya untuk berpuluh tahun selepas itu.

Hidup menderita di Mexico

hidup rosalynn

Dikurung dan diseksa dalam bermacam cara, Rosalynn dan adik-beradiknya dijadikan peminta sedekah oleh Henri Piette. Setiap hari, tubuhnya akan diratah Piette sama ada dengan cara seksual atau dengan menyeksa gadis itu. 

Itulah yang dilalui Rosalynn sehingga dia mengandung dan melahirkan anak pertamanya pada usia 15 tahun seorang bayi lelaki, di belakang sebuah van. Bagi mengaburi mata orang ramai, Piette memberitahu Rosalynn adalah anak kandungnya dan bayi itu hasil hubungan Rosalynn dengan teman lelakinya.

Walaupun Piette seorang yang kejam, harus diakui dia juga sangat licik. Setelah Rosalynn berusia 18 tahun dan cukup umur, Piette membawa Rosalynn kembali ke Arizona untuk membuat pengakuan bahawa dia telah pun melarikan diri daripada rumah atas kehendak sendiri, bagi memadamkan nama Rosalynn daripada rekod orang hilang.

3 orang anak yang mereka dijaga Piette yang menunggu tidak jauh daripada balai polis, dalam sebuah kereta. sebagai pengganti seandainya Rosalynn bertindak membocorkan rahsia 'keluarga' mereka.

Tidak berani mengambil apa-apa tindakan drastik, Rosalynn kembali ke kereta seperti yang dirancang Piette. Mereka bergerak kembali ke Mexico meneruskan hidup mereka dalam sebuah khemah usang. Bagi menyara hidup, Rosalynn meniaga ais krim buatan sendiri untuk membesarkan anak-anaknya. Piette pula lebih banyak membelanjakan wang yang ada untuk alkohol dan dadah.

Setiap hari dirogol, lama-kelamaan Rosalynn sudah mula redha dengan apa yang berlaku, lalu berhenti cuba melarikan diri demi anak-anaknya. Daripada melahirkan anak lelaki pertama pada ketika usianya 15 tahun, 9 orang anak selamat dilahirkan kesemuanya dan Piette adalah bapa kepada semua anak mereka.

Lebih 19 tahun Rosalynn hidup bersama penculiknya. Anak pertamanya yang sudah cukup matang untuk memahami apa yang berlaku selepas melihat keadaan keluarga mereka yang amat daif - berjaya melarikan diri.

Sinar harapan yang membawa kesedaran

rosalynn micginnis lisa and ian 1541871097958 102891547 ver1 0 900 675

Pada awal tahun 2016, semasa sedang beratur bagi membayar barangan di pasaraya, Rosalynn menghadapi masalah kekurangan wang. Secara kebetulan satu pasangan di belakang mereka yang mampu bercakap bahasa Inggeris membantu. Pasangan tersebut, Ian dan Lisa menyedari keadaan anak-anak Rosalynn yang sangat daif, berkaki ayam dan seakan takut dengan orang lain.

Bagi membantu keluarga itu, Ian dan Lisa mula rapat dengan anak beranak Rosalynn sehinggakan Piette sendiri membenarkan mereka datang melawat rumah. Namun hubungan itu tidak kekal lama selepas Piette mengambil keputusan berpindah lagi, membawa mereka berpindah ke sebuah kampung berdekatan. Hubungan Rosalynn dan pasangan tersebut nasib baiklah tidak terputus. Dalam salah satu pertemuan, Piette yang sedang seronok berbual satu secara tidak sengaja, mengaku dia sudah berumur 62 tahun ketika itu. Itu kesilapan pertama Piette setelah hampir 19 tahun berjaya mengaburi mata orang ramai. 

Menyedari wujud jurang umur yang terlalu besar di antara Piette dengan Rosalynn, serta usia 'adik' kepada kepada Rosalynn yang tak masuk akal, pasangan itu menyedari ada sesuatu yang tak kena dengan keluarga itu. Ian dan Lisa bertindak memujuk Rosalynn menceritakan apa yang berlaku. Mendengar kisah sebenarnya, mereka cuba memujuk ibu malang itu untuk melarikan diri daripada rumah tersebut.

rosalynn mcginnis mexico living conditions 1541953457055 102932765 ver1 0 900 675

Kata-kata pasangan itu menyedarkan Rosalynn daripada lamunan bahawa masih ada harapan untuk dia keluar daripada hidup penuh penyeksaan yang telah dilaluinya hampir 20 tahun. Peluang mereka tiba selepas Piette pengsan kerana mabuk pada satu hari. Sembilan beranak itu cepat-cepat berkemas, lalu melarikan diri dengan harapan dapat menemui Ian dan Lisa memohon bantuan. Beberapa hari kemudian, Rosalynn berjaya menemui Ian ketika sedang membawa anjingnya berjalan di taman.

Perkara pertama yang dilakukan Rosalynn ketika itu semasa duduk menemui Ian dan Lisa kembali, adalah memberitahu nama sebenarnya bukan 'Stephanie' - nama yang digunakan beliau ketika itu atas arahan Piette. Rosalynn meminta Ian melakukan carian nama sebenarnya 'Rosalynn Michelle McGinnis.'

Melopong mata pasangan tersebut menyedari wanita di depan mereka telah dilaporkan hilang 20 tahun lalu sebenarnya.

Kembali selepas 20 tahun 'menghilangkan diri'

rosalynn mcginnis and children at embassy 1541955956449 102932768 ver1 0 900 675

Takut dengan ancaman Piette yang pasti mencari mereka, Rosalynn menghubungi kedutaan Amerika Syarikat bagi mendapatkan khidmat nasihat. Kedutaan meminta mereka hadir namun mendapati tidak banyak yang mampu mereka lakukan. Mengetahui berita itu, Lisa menghubungi sebuah agensi kerajaan menguruskan kes orang hilang di Washington DC, melaporkan tentang penemuan Rosalynn Michelle McGinnis di Mexico.

Atas khidmat nasihat agensi tersebut, Rosalynn dan anak-anaknya menaiki bas ke daerah Nogales yang bersempadan dengan Amerika Syarikat. Semua dokumen selamat diuruskan dan mereka anak beranak menaiki kapal terbang kali pertama, diterbangkan ke Kansas City di mana keluarga mereka sedang menanti.

Selepas kisah McGinnis dilaporkan pada tahun 2017, kes itu membolehkan pihak berkuasa Amerika Syarikat mengesan kehadiran Piette ke negara itu pada tahun yang sama. Piette diberkas dan dihadapkan ke mahkamah atas pelbagai dakwaan penculikan serta melakukan jenayah seksual terhadap individu bawah umur. Bagaimanapun, dia menafikan kesemua tuduhan. Katanya 99% cakap Rosalynn adalah tipu.

Pada 6 Jun 2019, Henri Piette dihadapkan ke mahkamah. Dalam perbicaraan yang berlangsung selama 7 hari, Piette yang sudah berusia 64 tahun didapati bersalah berdasarkan segala keterangan yang diberikan oleh saksi, termasuklah Rosalynn dan anak-anaknya.

henri michele piette

Piette dijangkakan bakal dipenjarakan seumur hidup dalam pengumuman hukuman awal, sedikit sebanyak membantu meredakan trauma dan kebimbangan yang dihadapi Rosalynn setiap hari. Walau bagaimanapun bagi wanita itu yang telah kehilangan usia remajanya - cubaan menyesuaikan diri dalam hidup di tempat baru yang mempunyai suasana jauh berbeza, bukan sesuatu yang mudah.l

20 tahun sudah biasa hidup susah, diseksa dan dijadikan hamba lelaki durjana seperti Henri Piette - nasib Rosalynn sebenarnya jauh lebih buruk berbanding banduan yang dilepaskan dari penjara. 

Rujukan

KHSB


tags :, , , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)