Oleh pada 06 Aug 2017 kategori

Neymar Jr dilahirkan pada 5 Februari 1992 di Sao Paolo, Brazil.

Dia agak bertuah berbanding dengan beberapa bintang terkenal Brazil lain yang berasal daripada kawasan setinggan favela yang terkenal dengan jenayahnya. Walaupun kehidupan mereka susah di daerah Mogi das Cruzes, Neymar membesar dalam kehidupan yang lebih baik.

Atas kekurangan wang untuk melakukan pemeriksaan, ibu bapa Neymar, Neymar Sr dan Nadine, hanya mengetahui mereka akan mendapat seorang anak lelaki ketika kelahiran beliau.

BESARKAN TEKS     A-  A+

images 1 288

Kehidupan Neymar semasa kecil dipenuhi dengan bolasepak dan ketiadaan bekalan elektrik, kerana keluarganya tidak mampu membayar bil. Kesempitan hidup yang melanda memaksa ibu bapanya membawa Neymar serta adiknya, Rafaella yang muda 4 tahun berbanding abangnya, tinggal bersama nenek mereka.

Ayahnya yang pada ketika itu sudah menghadapi kegagalan menjadi pemain bolasepak professional, membuat tiga pekerjaan serentak sebagai mekanik kereta, jurujual dan penghantar barangan bagi menyara hidup keluarga mereka. Nadine pula bekerja sebagai tukang masak di sebuah pusat jagaan kanak-kanak.

family3 1458363984

Tinggal di rumah nenek mereka memaksa mereka sekeluarga berkongsi satu bilik dan satu katil untuk terus hidup, membuatkan hubungan mereka sekeluarga menjadi amat rapat.

Satu kisah menarik mengenai Neymar ketika kecil, semasa berumur 4 bulan, ketika dalam perjalanan ke rumah saudara dengan kereta, berlaku satu kemalangan apabila kereta keluarga mereka bertembung dengan sebuah kereta.

Mujurlah Neymar ditempatkan dalam kerusi bayi yang dipasang di tempat duduk belakang. Bagaimanapun, darah memenuhi muka dia pada hari itu selepas serpihan kaca mengenai muka dia di dahi.

2469amu

Pada tahun 1998, ketika Neymar berumur 6 tahun, seorang jurulatih bernama Betinho terjumpa Neymar secara kebetulan bermain bolasepak di tepi pantai di Sao Vicente. Berminat untuk melatih beliau, Neymar mula bermain futsal, menajamkan bakatnya dalam gelecekan dalam kawasan sempit yang sudah menjadi identitinya sekarang.

Neymar kemudiannya ditawarkan untuk memasuki sebuah pasukan bernama Portuguesa Santista dalam pasukan remajanya dan ini membuka peluang kepada pasukan lain menjumpai bakat sebenar Neymar. Pasukan elit liga Brazil, FC Santos, berjaya memancing Neymar ke dalam akademi mereka ketika dia berumur 11 tahun.

images 733

Setahun kemudian, dia mendapat tawaran untuk bermain dengan kelab gergasi Eropah Real Madrid FC, namun ditolak kerana tak mahu berjauhan dengan keluarganya jadi dia kembali ke pasukan Santos. Di Santos, dia kekal dalam akademi sehinggalah menandatangani kontrak professional pertama beliau pada usia 17 tahun dan membuat kemunculan pertama pada tahun 2009.

Bagaimanapun, sikap panas baran Neymar mula menjadi-jadi apabila dia mula kerap bertengkar dengan jurulatih Santos, Dorival Júnior atas bermacam isu dan akhirnya, Dorival dipecat dari terus menjadi jurulatih. Selain itu insiden pergaduhan dia dan pemain kelab Penarol dari Uruguay, semasa kejohanan Copa Libertadores membuktikan sikap Neymar, adakalanya kurang disenangi.

images 3

Neymar Jr pada usia 19 tahun menjalin hubungan dengan seorang wanita berusia 20 tahun bernama Carolina Dantas dan hasil hubungan itu, Neymar mendapat seorang anak lelaki bernama Davi Lucca.

Bagaimanapun hubungan mereka tidak kekal lama dan Davi tinggal bersama Neymar sementara atas dasar tanggungjawab, Neymar membayar nafkah RM45 ribu sebulan kepada ibu anaknya setiap bulan.

images 2 182

Seperti yang kita semua sudah sedia maklum, selepas menamatkan kerjaya bolasepaknya dengan pasukan Santos, beliau berpindah ke pasukan Barcelona dengan yuran perpindahan 48 juta pound. Bergabung dengan dua bintang lain Lionel Messi dan Luis Suarez, gabungan trio MSN ini benar-benar membuatkan sesiapa saja gerun sebelum ke padang lagi.

Di Barcelona, Neymar tampil dalam 170 perlawanan dan berjaya menjaringkan 103 gol namun khabar angin mengatakan dia kurang sabar kerana selalu dibayangi Lionel Messi dan ingin menjadi watak utama kepada sesebuah pasukan. Neymar juga dikatakan mahu berpindah kerana tidak berpuas hati atas cukai pendapatan ke atas gajinya yang dikenakan kerajaan Sepanyol.

downloadfile

Khabar angin mengatakan pasukan Paris Saint Germaine dari Perancis berminat untuk mendapatkan khidmat beliau terus dilaporkan tanpa sebarang pengesahan Neymar sendiri, sehinggalah pasukan PSG mengaktifkan klausa pelepasan kontrak beliau yang bernilai £202 juta atau hampir RM1.2 billion.

Kini bergelar pemain paling mahal di dunia, Neymar Jr. meneruskan kerjaya sebagai teraju utama pasukan PSG dan sudah pastilah akan dilhat sebagai pemain no.1 utama PSG. Dengan yurang perpindahan paling tinggi dalam sejarah, ayah Neymar sendiri iaitu Neymar Sr bakal mendapat imbuhan lebih £30 juta atas komisyen beliau sebagai ejen anaknya.

Untuk sebuah keluarga yang dahulunya berdepan bermacam jenis kesusahan, nasib mereka benar-benar berubah kan?




Hakcipta iluminasi.com (2017)