Oleh pada 03 Dec 2018 kategori

Andre Stander merupakan perompak bank yang paling terkenal dalam sejarah Afrika Selatan. Mungkin ia kedengaran biasa bagi anda, namun apa yang menariknya adalah dia juga merupakan seorang anggota polis. 

Andre dibesarkan di bawah bayangan bapanya, Ma General Frans Stander. Frans Stander sangat dihormati dalam Perkhidmatan Penjara Afrika Selatan dan dia mahu anaknya mengikut jejak langkahnya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

andres stander rompak bank waktu tengah hari

Namun, Andre tidak berminat dengan bidang pekerjaan tersebut. Akibat daripada tekanan yang diterima daripada bapanya, dia akhirnya menjadi seorang anggota polis.

Andre tidak berminat untuk pergi ke barisan kerja. Tekanan dari bapanya membuatkan dia akhirnya menjadi seorang anggota polis.

Pada ketika itu adalah di mana apartheid berleluasa di Afrika Selatan dan Andre, seperti kebanyakan orang lain, menikmati keistimewaan sebagai orang berkulit putih.

Pengaruh bapanya menyaksikan Andre dinaikkan pangkat lebih cepat daripada anggota-anggota yang lain.

Tetapi, kenaikan pangkat ini tidak pernah membuatkan dia teruja kerana dia berada dalam bidang yang mana tak pernah diingininya.

Andre kemudiannya menceraikan isteri pertamanya yang mana dia mempunyai anak luar nikah yang langsung tidak diambil peduli.

Perhatian mula beralih

andre stander keratan akhbar 18

Penghujung tahun 1970an tiba namun hidupnya tidak melihatkan sebarang perubahan ke arah yang lebih baik. Akan tetapi, perhatiannya teralih ke arah lain.

Pada satu pagi, Andre memberikan tugasan kepada skuadnya dan pergi ke lapangan terbang di Johannesburg ketika waktu makan tengahari.

Dia terbang ke Durban, memakai rambut dan jambang palsu, berjalan masuk ke dalam bank dan menghalakan pistol ke arah juruwang dengan begitu berhati-hati lalu memberikan bag sambil mengarahkan wang dimasukkan ke dalamnya.

Juruwang tersebut melakukan seperti yang diarahkan dan Andre tidak mengugut sesiapa yang lain di dalam bank tersebut serta tidak memberitahu tentang pemilikan senjatanya.

Nasib menyebelahi Andre apabila tiada siapa yang mengetahui akan kejadian rompakan itu selain daripada juruwang tersebut.

Dia kemudiannya berjalan keluar dengan perlahan, memandu ke lapangan terbang dan kembali ke Johannesburg selepas waktu makan tengahari lalu meneruskan tugasan sebagai anggota polis.

Simple kan?

Berjaya ditangkap dan dipenjarakan

andre stander 793

Dan dalam tempoh 3 tahun, Andre memperoleh sekitar 100,000 rand atau RM30,138.

Namun pada Januari 1980, selepas merompak sebuah bank di Durban, Andre Stander akhirnya berjaya ditangkap. Dia didapati bersalah atas 15 tuduhan merompak dan dijatuhkan hukuman 75 tahun penjara.

Tetapi kerana banyak pertuduhan berlaku secara serentak, dia terpaksa dipenjara selama 17 tahun di Penjara Sekuriti Maksimum Zonderwater.

Semasa pendengaran kesnya, Andre berkata bahawa dia hilang kepercayaan terhadap tugas sebagai seorang anggota polis selepas dia terpaksa menembak beberapa penunjuk perasaan yang tak bersenjata dalam Rusuhan Tembisa.

penjara sekuriti maksimum zonderwater

(Penjara Sekuriti Maksimum Zonderwater)

Dia juga mendakwa bahasa dia membenci apartheid. Ramai yang bersimpati dengannya namun pegawai-pegawai lain mengatakan bahawa dia tidak pernah hadir di Tembisa.

Di penjara, Andre rapat dengan dengan dua banduan yang juga merupakan perompak bank, Allan Heyl dan Patrick McCall. Ketiga-tiga mereka ini sering membincangkan mengenai cubaan untuk melarikan diri daripada penjara.

Melakukan aksi "prison break"

Pada tahun 1983, Andre dan Patrick mengadu sakit belakang dan dihantar bertemu ahli fisioterapi. Ketika di klinik, mereka melaksanakan rancangan mereka dengan menumpaksan beberapa pengawal dan meloloskan diri menggunakan.

Lebih memeranjatkan, mereka kembali ke penjara tersebut beberapa bulan kemudian untuk membantu rakan ketiga, Allan Heyl untuk lari daripada penjara.

rompakan gang stander

Selepas bebas, trio ini mula untuk beraksi semula sebagai perompak dan dalam masa 2 bulan berikutnya, mereka telah merompak lebih daripada 20 buah bank memperoleh sekitar RM150,690.

Mereka digelar sebagai Gang Stander. Peraturan mereka amat ringkas, tiada keganasan, tiada jeritan. Hanya dapatkan wang dan keluar dengan sepantas yang boleh.

Gang Stander menjadi popular dengan begitu cepat sebagai penjenayah yang memalukan kerajaan.

Kejatuhan Gang Stander

keratan akhbar gang stander 229

Namun selepas setahun diselubungi dengan wang ringgit, minuman keras, dadah dan pelacur, kemahsyuran mereka ini menjadi penyebab kejatuhan Gang Stander.

Gambar-gambar mereka mula diterbitkan di akhbar-akhbar membuatkan mereka memutuskan untuk lari keluar negara. Andre terbang ke Florida manakala Allan dan Patrick merancang untuk berlayar menggunakan kapal layar yang baru dibeli.

Salah seorang daripada pelacur mengecam gambar mereka di akhbar lalu memberitahu pihak polis. Allan melarikan diri namun Patrick enggan meninggalkan tempat persembunyian mereka.

Akhirnya, Patrick membunuh diri apabila pihak polis datang mengetuk pintu. Menjelang Februari 1984, waran tangkap antarabangsa telah dikeluarkan terhadap mereka.

Allan Heyl berjaya ditangkap di Britain pada tahun 1985 di mana dia terus merompak bank dan dihantar pulang ke Afrika Selatan bagi meneruskan hukuman lamanya.

Allan dibebaskan dengan parol pada tahun 2005 dan menjadi penceramah motivasi sejak itu.

allan heyl menjadi penceramah motivasi

(Allan Heyl kini seorang penceramah motivasi)

Andre Stander pula berada di Amerika Syarikat sebelum Allan ditangkap dan lokasi tepat Andre tidak diketahui oleh pihak polis.

Namun pada satu malam, dia berjaya ditemui ketika dalam perjalanan pulang ke tempat persembunyiannya menaiki basikal.

Andre cuba untuk melarikan diri namun satu pertembungan berlaku di tempat kejadian dan dia cuba untuk merampas senapang patah anggota polis. 

Andre ditembak secara tak sengaja dan mengalami pendarahan teruk. Dia mati di tempat kejadian sebelum pegawai perubatan tiba.

Andre masih kekal sebagai satu teka-teki kerana dia berjaya memikat orang ramai untuk mempercayai bahawa dia seorang lelaki yang baik.

hari terakhir gang stander

Menurut sumber, Andre akan merompak bank ketika waktu makan tengahari dan kemudian pulang untuk menyiasat rompakan tersebut sendiri.

Dengan keberanian dan kelicikannya untuk melakukan perkara yang sangat dahsyat seperti ini, Andre Stander dianggap sebagai lagenda di Afrika Selatan.

Kisah hidup Andre didokumentasikan dalam filem Stander yang ditayangkan pada tahun 2013.

Rujukan:

1. Africa Crime

2. SA History

3. ScoopWho

4. MG




Hakcipta iluminasi.com (2017)