menang loteri mudah

Semua orang tahu bahawa kebarangkalian untuk memenangi loteri adalah tersangat sukar.

Dan bagi 2 orang untuk memenangi loteri yang sama bukanlah tidak pernah berlaku, namun sangat jarang.

Mungkin anda sangkakan bahawa ia mustahil, namun pernah berlaku di mana 110 orang memenangi loteri yang sama.

Secara purata, kebarangkalian untuk dipanah petir adalah 1 dalam 500,000, dan kebarangkalian untuk menang loteri adalah lebih daripada itu.

Dan bagi loteri tertentu, kebarangkaliannya adalah jauh lebih sukar iaitu 1 dalam 3 juta.

Jadi jika kebarangkalian ini dilihatkan sebagai sesuatu yang tak akan mungkin berlaku, bagaimana 110 orang berjaya memilih nombor kemenangan loteri yang sama?

Adakah ini satu penipuan atau sistem ini digodam?

Bertuah atau penipuan?

main loteri 110 orang menang

Ketika keputusan nombor loteri pada 30 Mac 2005 dipilih, para pegawai loteri percaya bahawa penipuan besar-besaran sedang berlaku.

Walaupun hanya terdapat seorang pemenang jackpot bernilai RM56.3 juta, terdapat 110 individu yang memenangi hadiah kedua bernilai RM400,000 sehingga RM2 juta bergantung kepada nilai loteri yang dibeli.

Lazimnya, hanya 4 tiket sahaja yang dijangka akan memenangi pada peringkat 5 ini, membuatkan kemenangan ini adalah yang paling tidak masuk akal pernah berlaku dalam sejarah loteri.

Setelah beberapa siasatan dilakukan, pihak pegawai loteri mendapati bahawa tiada penipuan berlaku ketika 110 orang tersebut memenangi loteri, dan terpaksa membayar wang kemenangan.

Apa yang diketahui oleh mereka adalah para pemenang loteri tersebut memilih nombor yang sama, iaitu 22, 28, 32, 33 dan 39.

"Fortune Cookies"

fortune cookies menang loteri 110 orang

Rupa-rupanya, nombor-nombor tersebut diperolehi daripada fortune cookies yang dibuat oleh Wonton Food Inc. Syarikat tersebut menghasilkan 4 juta biskut yang dijenamakan di bawah jenama yang berbeza.

Dengan cara ini, nombor-nombor ini dipilih secara kebetulan oleh mereka yang bermain loteri pada hari berkenaan.

"Oleh kerana sistem melaporkan begitu ramai orang yang memilih 22, 28, 32, 33, 39 dan Powerball 40, kemungkinan kebanyakan daripada mereka bernasib baik dengan menuruti nombor dari fortune cookies berkenaan," kata Doug Orr, pengarah pemasaran dengan Persatuan Loteri Negeri-negeri yang berpusat di West Des Moines.

Nombor-nombor ini hampir memenangi jackpot bernilai RM104 juta, di mana nombor kemenangan tersebut adalah 22, 28, 32, 33, 39 dan Powerball 42.

Tiket loteri yang memenuhi 5 nombor pertama tetapi tersalah nombor Powerball masing-masing memenangi RM400,000, iaitu seramai 89 orang. Yang lain masing-masing memenangi hadiah RM2 juta.

Sebelum kejadian ini berlaku, tiket terbanyak yang memenangi hadiah Powerball peringkat kedua dalam masa yang sama adalah sebanyak 91 tiket iaitu pada 25 Ogos 2001.

Sejarah fortune cookies

sejarah fortune cookies

Sebenarnya, fortune cookies bukanlah berasal dari China. Ia "dihasilkan semula" oleh seorang peniaga Jepun di San Francisco pada awal tahun 1900-an.

Ilustrasi dari Jepun pada tahun 1800-an menggambarkan wafer nipis dipanggang di atas arang batu.

Ketika wafer sedang dimasak, kertas "nasib" tersebut diletakkan di dalamnya dan dilipat.

Ia kemudiannya dijual oleh penjual jalanan kepada pelanggan yang lalu-lalang.

Ahli perniagaan Jepun itu kemudiannya mula menghidangkannya di restorannya bersama-sama dengan teh.

Apa yang peliknya adalah walaupun disajikan di restoran Cina di seluruh Amerika Syarikat, biskut ini tidak disajikan di China.

Malah, sebahagian besar daripada fortune cookies di dunia dihasilkan dan dimakan di Amerika Syarikat.

Rujukan:

1. Lotto247

2. Fox News

3. Snopes



Hakcipta iluminasi.com (2017)