dibunuh selepas menang loteri

Beberapa ketika dahulu, orang mencipta istilah yang dikenali sebagai "sumpahan pemenang loteri".

Istilah ini digunakan untuk menggambarkan fakta bahawa ramai hidup jutawan loteri telah berakhir dengan tidak gembira atau kehilangan pasangan hidup selepas menjadi kaya.

Sebahagian daripada mereka telah membunuh diri dan yang lainnya dibunuh. Dalam erti kata lain, wang tidak menjamin kebahagiaan.

Mengapa pemenang loteri menjadi sangat menderita dan ia berlaku begitu kerap? Penjelasan mengenai fenomena ini adalah mudah di mana ketamakan dan iri memainkan peranan yang besar.

Dan salah satu kes yang menggemparkan adalah mengenai Dee Dee More.

Permulaan kepada pembunuhan Abraham

abraham lee shakespeare

Kisah ini bermula pada tahun 2006 dan sepatutnya menjadi tahun paling menggembirakan bagi seorang pekerja buruh dan pemandu lori iaitu Abraham Lee Shakespeare.

Pada November 2006, Abraham membeli tiket loteri dari kedai serbaneka di Frostproof di Florida. Tanpa pengetahuannya, tiket loteri itu merupakan punca kepada segala kejahatan dalam hidupnya.

Tiket loteri yang dibeli Abraham telah memenangi hadiah yang sangat lumayan. Dia memilih untuk mendapatkan bayaran sekaligus yang membuatkan dirinya bergelar jutawan segera dengan hadiah RM68 juta. 

Hasil daripada kemenangan itu, kehidupan Abraham berubah sekelip mata. Dia meninggalkan rumahnya yang lama dan sederhana untuk berpindah ke komuniti yang lebih hebat.

Perbelanjaan terbesarnya adalah membeli rumah yang bernilai jutaan ringgit dan dia tidak membelanjakan baki yang tersebut sewenang-wenangnya.

Pada awal November 2009, keluarga Abraham melaporkan bahawa dia telah hilang. Keluarganya tidak bertemu dengannya sejak bulan April tetapi belum membuat laporan dengan harapan bahawa Abraham memutuskan untuk berpindah.

Malangnya, apa yang sebenarnya berlaku adalah berbeza dan sangat mengerikan. Selepas penyiasatan yang menyeluruh, pihak polis menemukan badan Abraham yang tersembunyi di bawah timbunan tanah di bawah tapak konkrit pada tahun 2010.

Usia Abraham adalah 42 tahun pada ketika itu. Suspek utama bagi pembunuhan jutawan loteri ini adalah Dorice Moore, yang sering dipanggil Dee Dee.

Abraham Shakespeare dan Dee Dee More

dee dee moore

Dee Dee Moore adalah "rakan" dan rakan kongsi perniagaan Abraham. Apa yang diceritakan Dee Dee pada asalnya selepas kehilangan jutawan itu adalah dia merupakan orang yang membantu Abraham untuk meninggalkan negara kerana ramai orang asyik bertanyakan tentang wang hasil kemenangannya.

Cerita ini adalah salah satu sebab mengapa penyiasatan bermula begitu lambat selepas kehilangan Abraham. 

Agak bersifat keusahawanan, Dee Dee adalah salah satu daripada ramai orang yang menghubungi Abraham selepas dia memenangi loteri.

Mereka berdua menubuhkan syarikat dan Dee Deebertanggungjawab ke atas operasi kewangan. Dia meyakinkannya bahawa dia agak berpengalaman dalam perniagaan dan dapat melindungi wang Abraham.

Sebelum kehilangan Abraham, Dee Dee telah mencetuskan masalah kerana mengambil RM4 juta dari dana syarikat dan membeli kereta mewah.

Dee Dee kemudiannya memutuskan untuk memanjakan dirinya dengan percutian mahal juga menggunakan duit syarikat. 

Dee Dee ditahan pada 2 Februari 2010 dan penyiasat mendapati bahawa Abraham telah meninggal dunia pada 6 atau 7 April, sejurus selepas kehilangannya.

Selepas Penahanan Dee Dee

Terdapat beberapa sebab mengapa dia ditahan. Pertamanya, laporan yang diberikan Dee Dee berubah beberapa kali selepas mayat Abraham ditemui.

Dia menyalahkan peguam Abraham, pengedar dadah dan juga anak Abraham atas pembunuhan itu. Seperti yang dapat anda lihat, Dee Dee agak pintar dalam percubaannya untuk membebaskan dirinya.

dee dee moore ketika dibicarakan

Apa yang menarik adalah selepas kehilangan Abraham, Dee Dee berpindah masuk ke rumahnya. Malah, dia menggunakan telefon Abraham untuk menghantar mesej kepada rakan rapatnya memberitahu bahawa Abraham masih hidup dan berada di negara lain.

Tanpa pengetahuannya, tindakan itu membuatkan mereka lebih curita dengan Dee Dee yang sangat bersungguh-sungguh. Ini kerana Abraham adalah buta huruf dan adalah mencabar baginya untuk menghantar mesej kepada rakan-rakannya.

Ketika cuba mengelirukan semua orang, Dee Dee juga mempunyai perkara lain dalam fikirannya.

Dia sedang mencari seseorang yang bersedia untuk disalahkan atas pembunuhan Abraham. Dia menawarkan RM200,000 pada mulanya, tetapi jumlah itu naik sehingga RM800,000. 

Didapati Bersalah Kerana Membunuh

Dan walaupun tersangat bijak, Dee Dee didapati bersalah kerana membunuh pada 10 Disember 2012. Dia dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tanpa kemungkinan keluar bersyarat.

Hukuman ini bukanlah pengakhiran kepada kisah ini. Walaupun berada dalam penjara, Dee Dee bersungguh-sungguh berpura-pura dan menegaskan bahawa dia tidak bersalah.

Sehingga hari ini iaitu 9 tahun selepas dia ditangkap, Dee Dee masih bertegas tidak melakukan pembunuhan itu. Dia muncul dalam dokumentari popular oleh BBC bertajuk Women Who Kill.

Dalam dokumentari itu, dia menegaskan bahawa dirinya bukanlah seorang penipu dan suka putar belit. Dia juga memberitahu kepada program tersebut bahawa jika fakta-faktanya terdedah ketika penyiasatan dilakukan, sudah tentu dirinya akan bebas.

Ini kerana semasa siasatan dilakukan, Dee Dee memberitahu seorang ejen yang menyamar bahawa dia tahu lokasi mayat Abraham.

Namun, Dee Dee menegaskan bahawa dia telah dimanipulasi oleh anggota polis tersebut. Betapa tepatnya dia dimanipulasi untuk mendedahkan lokasi badan, kita mungkin tidak akan pernah tahu.

Pihak polis menggambarkan Dee Dee sebagai sangat sombong hingga ke hari ini dan dia telah diprofilkan sebagai pendusta patologi.

Satu-satunya keadilan yang diterima oleh keluarga Abraham Lee Shakespeare adalah hakikat bahawa Dee Dee akan menghabiskan seluruh hidupnya di dalam penjara. 

Rujukan:

1. Lotto Exposed

2. Bustle

3. Alchetron



Hakcipta iluminasi.com (2017)