Lipas merupakan sejenis serangga dalam keluarga Blattaria atau Blattodea. Ia biasanya tinggal di kawasan gelap dan lembab seperti di celahan almari atau di bawah sinki. Terdapat kira-kira 4,500 spesies lipas di mana 30 daripada spesies ini sering menjadikan tempat tinggal manusia sebagai habitat mereka.

lipas thuglife

Lipas biasanya hidup dengan memakan sisa makanan terbiar. Ia dikenalpasti telah hidup lebih awal sebelum bermulanya tamadun manusia dan antara makhluk pra sejarah yang masih bertahan sehingga hari ini.

Lipas juga merupakan antara serangga yang sukar dihapuskan. Ketika serangan bom atom di Nagasaki dan Hiroshima di Jepun semasa WWII, lipas adalah antara makhluk yang ditemui masih hidup dan terselamat.

lipas 235

Kini, penemuan terbaru mendapati bahawa lipas menjadi lebih 'kebal' berbanding sebelumnya. Seorang ketua penyelidik, Michael E. Scharf, mengatakan bahawa kekebalan lipas ini akan membuatkan serangga ini hampir mustahil untuk dibunuh dengan hanya menggunakan bahan kimia sahaja.

Ia merupakan berita buruk kepada mereka yang geli atau fobia terhadap serangga ini. Sekiranya racun serangga sahaja tidak mampu membunuh lipas, anda mungkin perlu menggabungkan juga penggunaan perangkap. 

lipas jerman

Lipas Jerman (blatella germanica) yang dikaji di Universiti Purdue

Satu kajian baru yang dijalankan di Universiti Purdue, Amerika Syarikat, para penyelidik telah mendedahkan beberapa jenis racun serangga berlainan kepada beberapa kumpulan lipas Jerman selama tempoh enam bulan.

Kajian itu mendapati bahawa bukan sahaja lipas-lipas dari Jerman (blatella germanica) ini mampu bertahan dengan bahan kimia itu tetapi juga membangunkan imuniti terhadapnya. Lebih mengejutkan ialah lipas-lipas ini boleh mewariskan imuniti ini kepada anak-anak mereka yang baru menetas.

spray lipas

Laporan yang dikeluarkan mereka menjelaskan bahawa tujuan kajian itu adalah untuk mengesahkan fakta bahawa "kekebalan kepada racun serangga telah menjadi penghalang yang konsisten terhadap kawalan lipas sejak 1950-an lagi".

Laporan itu juga menyebut bahawa lipas dari German ini mengancam kesihatan manusia dengan menghasilkan alergen yang boleh menyebabkan penyakit asthma dan penyebaran patogen atau mikrob yang kebal antibiotik. Ini sekaligus menyumbang kepada persekitaran tertutup yang tidak sihat.

michael e scharf

Michael E. Scharf

Para penyelidik projek yang terlibat iaitu Mahsa Fardisi, Ameya D. Gondhalekar, Aaron R. Ashbrook dan Michael E. Scharf kemudian telah memerhatikan beberapa generasi lipas untuk menilai evolusi mereka apabila didedahkan dengan racun serangga dan hasilnya amat membimbangkan.

Mereka mendapati bahawa terdapat perbezaan yang ketara antara rintangan lipas terhadap racun serangga. Kajian juga membuktikan bahawa penggunaan sejenis sahaja racun serangga lebih efektif, manakala penggunaan beberapa campuran racun serangga hanya menjadikan sistem imuniti lipas lebih tinggi.

anak lipas

Mereka juga terkejut kerana lipas yang diuji dengan penggunaan racun serangga ini boleh menghasilkan imuniti dalam hanya satu generasi sahaja. Purata seekor lipas betina mampu menghasilkan 400 telur dalam seumur hidupnya. Bayangkan, semua anak-anaknya yang baru lahir akan mewarisi kekebalan terhadap racun serangga.

Scharf yang merupakan ketua penyelidik memberitahu bahawa, penggunaan pelbagai campuran racun serangga pada masa lalu hanya lebih menyukarkan kawalan makhluk perosak hari ini dan ia hampir mustahil untuk dilakukan dengan hanya bahan kimia sahaja. Ini kerana anak-anak lipas yang baru lahir mampu mempunyai enam kali ganda imuniti berbanding induk mereka.

Schaft yang juga berkhidmat sebagai ketua dan profesor di Jabatan Entomologi Universiti Purdue menyatakan bahawa dia dan pasukannya tidak mengetahui bagaimana perkara seperti ini boleh berlaku dengan begitu cepat.

oggy and the cockroaches

Schaft menasihatkan, pengguaan perangkap dan kaedah penghapusan yang lain mungkin adalah jawapan kepada penggunaan bahan kimia semata-mata. Ia mungkin kaedah yang menggunakan modal yang lebih, tetapi rendah dari segi risiko untuk menjadikan lipas lebih kebal. 

Penggunaan bahan kimia mungkin lebih murah tetapi sekiranya lipas menjadi semakin kebal dan tidak dapat dihapuskan, ia adalah sama seperti membuang duit sahaja.

Rujukan:

1. Telegraph

2. Interesting Engineering

3. People



Hakcipta iluminasi.com (2017)