Lipas adalah serangga yang menjengkelkan dan menyusahkan hidup manusia. Malah, manusia masih tidak biasa hidup dengan serangga ini walaupun ia sudah lama berada di sekeliling kita.
Serangga ini sebenarnya sangat unik dan mempunyai pelbagai ciri-ciri yang membuatkan antara haiwan paling mampu bertahan hidup walaupun dalam keadaan teruk.
Walaupun hampir setiap manusia pernah berhadapan dengan serangga menjijikkan ini, namun tak ramai yang tidak betul mengenali lipas.
BESARKAN TEKS A- A+
Oleh itu, iluminasi.com kongsikan 6 fakta menakutkan tentang lipas yang ramai tak tahu.
1. Lipas boleh hidup tanpa kepala selama beberapa minggu
Lipas itu adalah haiwan yang kuat bertahan dan amat sukar untuk menghapuskannya. Malah, memotong kepala serangga ini tidak dikira sebagai membunuhnya kerana lipas boleh bertahan selama beberapa minggu tanpa kepala.
Ia hanya mati kemudian kerana tidak mempunyai mulut untuk makan dan minum. Lipas mampu hidup tanpa kepala kerana ia tidak menggunakan kepala sama seperti manusia.
Manusia akan mati sejurus selepas kepala dipotong kerana tubuh kita kehilangan banyak darah dan tekanan darah, berlainan dengan lipas yang tidak mempunyai banyak darah atau tekanan darah.
Sekiranya manusia berjaya mencari jalan untuk terus hidup walaupun kehilangan darah dan tekanan darah yang tinggi, kita masih akan mati kerana saraf dalam badan kita perlu disambungkan kepada otak kita untuk terus hidup.
Kita juga memerlukan hidung dan mulut kita untuk bernafas. Badan lipas berfungsi secara bebas daripada otaknya dan juga bernafas melalui lubang kecil pada badan.
Semua ciri ini membenarkan lipas untuk hidup selama berminggu-minggu tanpa kepala. Ia hanya akan mati akibat kelaparan dan dahaga kerana masih tidak tahu cara untuk makan dan minum menggunakan kulit.
Lebih menarik, kepala lipas masih hidup selepas beberapa jam dipotong. Malah, kepala tersebut boleh terus hidup lebih lama jika disejukkan dan diberikan nutrien yang mencukupi. Seram, kan?
2. Benci disentuh manusia
Menurut satu fakta lipas yang biasa diketahui, makhluk ini sanga bencikan sentuhan manusia. Ia sangat benci sehinggakan melarikan diri untuk membersihkan diri akibat sentuhan manusia yang "menjijikkan".
Namun, ada sebab lain disebaliknya. Lipas tidak sukakan sentuhan manusia atau apa-apa sentuhan sekalipun kerana sentuhan tersebut boleh membahayakan kewujudannya.
Lebih mudah, lipas tidak suka berada di sekeliling manusia sama seperti kita tidak suka berada di sekeliling serangga menjijikkan ini.
Lipas secara semulajadi akan melarikan diri dari makhluk yang lebih besar kerana ia tahu bahawa apa-apa sentuhan dengan makhluk yang lebih besar akan sering membawa kepada kematian.
Malah, sentuhan dengan hampir mana-mana organisma boleh meninggalkan sisa pada lipas yang boleh memudaratkan kelangsungan hidupnya.
Dalam kes manusia, ia adalah minyak semulajadi yang dihasilkan oleh padan dan minyak ini boleh mengganggu bagaimana fungsi badan lipas. Bahagian yang paling akan terjejas adalah antena lipas.
3. Tertarik kepada telinga manusia
Anda mungkin telah terdengar kisah tentang lipas yang tersangkut dalam telinga manusia atau merangkak melepasi telinga untuk sampai ke tengkorak. Dalam kes yang lebih teruk, lipas boleh bertelur di dalam kepala manusia atau mungkin mati di dalamnya.
Seperti yang dijelaskan di atas, lipas biasanya akan menghindari manusia. Namun, ia gemar bergerak dalam gelap yang mana biasanya berlaku ketika kita sedang tidur.
Tahi telinga yang terhasil merembeskan asid lemak meruap, sejenis bahan kimia yang juga dikeluarkan oleh makanan seperti roti dan keju. Asid lemak meruap ini membuatkan lipas tertarik ke arahnya.
Jika ia datang dari telinga kita, lipas dengan pantas menyedari bahawa telinga manusia sangat sempit dan panas, yang mana lokasi sesuai untuk dijadikan rumah.
Namun, manusia akan menyedari kehadiran lipas dalam telinga dan pasti akan cuba mengorek telinga. Ini boleh menolak lipas lebih ke dalam malah membunuh serangga ini.
Duri pada kaki lipas boleh merosakkan telinga dalam, menyebabkan jangkitan atau kehilangan pendengaran jika gegendang telinga terjejas.
4. Lipas boleh gigit dan makan manusia
Lipas adalah haiwan omnivor kerana ia makan tumbuhan dan haiwan lain. Malah, ia juga makan boleh segala-galanya termasuklah manusia hidup.
Sebenarnya, lipas bukanlah mencari manusia untuk digigit kerana ia lebih suka sumber makanan lain dan tidak akan menggigit manusia walaupun diserang.
Namun, lipas mungkin akan gigit manusia dan haiwan kesayangan anda jika terdapat terlalu banyak lipas lain di sekeliling sehinggakan sumber makanan tidak mencukupi.
Dan walaupun dalam situasi ini, lipas akan cuba untuk menghindari daripada menggigit manusia. Kebanyakan gigitan berlaku apabila lipas menemui cebisan makanan kecil pada badan manusia yang sedang tidur.
Gigitan lipas sebenarnya agak menyakitkan dan rawatan biasanya diberikan untuk mengelakkan bakteria daripada tersebar ke dalam badan.
5. Lipas boleh tukar gear kelajuan ketika berlari
Jika anda pernah cuba untuk membunuh lipas, pasti anda tahu betapa lajunya serangga ini walaupun bersaiz kecil. Sebenarnya ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana sesetengah lipas boleh menukar kelajuan.
Para saintis membandingkan perkara ini dengan bagaimana kereta menukar gear untuk menambah kelajuan. Lipas menukar gear kelajuan dengan menukar kedudukan kaki ketika berlari.
Saintis hanya menemukan hal ini dalam kajian 2017 terhadap lipas Nauphoeta cinerea. Seperti lipas lain, ia akan melarikan diri apabila mengesan makhluk lebih besar.
Lipas berlari dengan kaki tengah di salah satu sisi badan serta kaki depan dan belakang di sisi badan satu lagi, menyentuh tanah pada masa yang sama.
Ini dipanggil gaya tripodal bergantian, namun ia tidak cukup laju kerana menggunakan banyak tenaga dan membuatkan lipas tidak stabil.
Oleh itu, lipas mula menggunakan gaya berlari metachronal yang mengatasi masalah ini. Dengan ini, semua kaki di satu sisi diangkat dari tanah, dari kaki depan ke tengah dan kaki belakang. Kaki-kaki ini menyentuh tanah dalam urutan yang sama.
6. Lipas boleh melakukan keputusan berkumpulan
Sebenarnya, lipas lebih bijak daripada yang kita sangkakan. Serangga ini boleh membuat keputusan dalam kumpulan, sama seperti banyak serangga dan haiwan lain.
Beberapa tahun lalu, Dr. Jose Halloy dari Free University of Brussels, Belgium telah menjalankan satu kajian untuk memerhatikan bagaimana lipas berfikir.
Beliau meletakkan beberapa lipas dalam sebuah bekas yang mempunyai 3 rumah dan melihat bagaimana lipas-lipas tersebut bertindak.
Dr. Jose memerhatikan bahawa lipas-lipas tersebut berkumpul dan menyentuh antara satu sama lain dengan antena masing-masing.
Selepas beberapa ketika, lipas-lipas tersebut membahagikan kumpulan dan masuk ke dalam rumah secara sama rata. Sebagai contoh, 50 ekor lipas membahagikan diri kepada 2 kumpulan terdiri daripada 25 ekor apabila diberikan 3 buah rumah dengan kapasiti 40 lipas setiap rumah.
Satu kumpulan tinggal dalam rumah pertama dan kumpulan lagi satu tinggal dalam rumah kedua. Rumah ketiga dibiarkan terbengkalai.
Kesemua 50 ekor lipas juga memilih untuk tinggal dalam sebuah rumah yang sama apabila diberikan 3 buah rumah yang boleh memuatkan lebih daripada 50 ekor bagi setiap rumah.
Rujukan:
3. Verge
4. Pest Killed