khai bahar respon jangkaan bakal menang juara lagu

Kredit foto: Instagram Khai Bahar

Penyanyi yang dikesan bakatnya menerusi aplikasi Smule, Khai Bahar akui tidak tertekan dengan harapan peminat yang menjangkakan beliau bakal menjuarai Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32) esok.

Kata pelantun lagu Luluh ini, sudah menjadi lumrah para peminat menginginkan kejayaan buat artis kegemaran di pentas berprestij itu.

"Apa yang mereka harapkan itu adalah perkara biasa. Mereka ingin lihat penyanyi yang diminati menang pada malam itu.

"Saya tidak tertekan pun apabila mereka meletakkan harapan setinggi itu," ujarnya.

Biarpun begitu, Khai atau nama penuhnya Muhammad Khairul Baharuddin nekad untuk memberikan persembahan terbaik tanpa dibelenggu tekanan. 

"Saya tidak mahu terlalu memikirkan hal itu. Saya cuma ingin lakukan yang terbaik," katanya.

Bercakap kepada portal Harian Metro, kata Khai lagi, dia menganggap kemenangan hanyalah rezeki jika ditakdirkan berpihak kepadanya.

"Insya-Allah, kalau ada rezeki mungkin saya akan merasai nikmat kemenangan. Apa pun, saya fokus membuat latihan dan mahu menampilkan persembahan terbaik," katanya.

Di kesempatan sama, beliau merakamkan ucapan penghargaan kepada para peminat yang menyokong kuat kerjaya seninya.

Khai akan beraksi malam esok di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-32 menerusi karya lagu Bayang.

Sumber berita: Harian Metro


tags : , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)