kawasan parkir rm5 juta buat pelancong di thailand

Sumber foto: expatgo.com (Gambar sekadar hiasan)

Rakyat Malaysia yang mahu mengembara ke Thailand akan mendapat fasiliti parkir seluas 2.4 hektar berdekatan padang sukan Sadao, Thailand mulai pertengahan tahun ini.

Menurut Datuk Bandar Sadao Sumet Sasithon, pembinaan tempat letak kenderaan yang mampu menampung 50 kenderaan dari Malaysia seperti bas dan kereta atau 200 kereta sahaja dalam satu masa itu berkemungkinan selesai pada pertengahan tahun ini.

Datuk Bandar Sadao juga memberitahu, kawasan parkir dengan kos perbelanjaan 40 juta Baht (RM5 juta) itu dibuat sebagai kemudahan untuk pelancong khususnya yang mahu menyambung perjalanan ke negara tersebut menggunakan pengangkutan awam.

“€Dengan adanya kemudahan yang terletak 12 kilometer (km) dari pintu sempadan, ia akan membantu mengurangkan masalah kekurangan parkir apabila ramai pelancong datang ke Thailand menerusi Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Padang Besar, Perlis.

“€Selain itu, kita juga akan membina premis perniagaan di kawasan ini serta pasar kraftangan Malaysia-Thailand dijangka beroperasi setiap Isnin dan ini menjadikan keseluruhan kos pembinaan termasuk parkir mencecah 200 juta Baht (RM24.8 juta),”€ jelasnya semasa membuat lawatan tapak diiringi wakil Kelab Elit Media Kedah (KMEK), kelmarin.

Sumet menjelaskan bahawa kewujudan kawasan parkir setingkat itu turut menyenangkan pelancong untuk pergi ke taman tema air dengan jarak sekitar 2 km, yang boleh mula dikunjungi dalam tempoh dua tahun akan datang.

Tambahnya, terdapat sebuah padang berdekatan kawasan tempat letak kenderaan tersebut, di mana warga Malaysia juga diizinkan melakukan aktiviti di situ.

Sumber berita: Harian Metro


tags : , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)