"Kisahnya, kami hubungi pihak Perodua Melaka tetapi mereka berkata yang kami perlu hubungi pihak Perodua HQ, kemudian apabila dihubungi mereka memberitahu itu urusan dengan pihak insurans. Tidak lama selepas itu muncul trak tunda yang membawa kereta ke cawangan Perodua di Melaka dan kami dikenakan bayaran RM500 tanpa diberikan resit. Oleh kerana tayar dah terbakar, kami dikenakan caj tambahan untuk mengangkat kereta tersebut ke lantai menggunakan jentera angkut."Mengikut pemerhatian kami, kerugian kereta ibu Caryn boleh dikatakan kerugian penuh. Kami mengharapkan agar bantuan segera dapat diberikan kepada keluarga Caryn oleh pihak Perodua dan pihak MSIG supaya masalah ini diselesaikan segera. Orang ramai khasnya pemilik Perodua Axia dan mana-mana jenama Perodua, perlu mendesak Perodua melakukan penyiasatan terhadap kes ini kerana kita tidak mahu ada nyawa yang terkorban akibat perkara-perkara yang sebenarnya boleh kita elakkan.Sumber Facebook Caryn