Terdapat pelbagai kisah pelik mengenai kematian golongan diraja di seluruh dunia. Sebagai contohnya Henry I, Raja England yang memerintah dari tahun 1100 hingga 1135. Sepanjang tempoh itu, dia telah melalui pelbagai jenis kesukaran melebihi apa yang pernah dilalui oleh mana-mana raja pada abad pertengahan.

Henry I telah mempertahankan sempadan jajahannya daripada pelbagai serangan musuh. Melalui perkahwinannya dengan puteri Scotland, Matilda, dia berhasrat untuk menjalinkan hubungan baik dengan Scotland.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Walau bagaimanapun, tidak kiralah apa juga kebaikan yang dilakukan Henry I untuk negaranya, dia akhirnya mati dengan cara yang agak pelik. Raja England itu dikatakan menemui ajal disebabkan memakan Belut Lamprey.

belut lamprey

Belut Lamprey

Henry I telah menolak amaran doktornya supaya tidak memakan makanan yang mencurigakan itu. Dia kemudian dijangkiti penyakit dan tidak lama kemudian meninggal dunia pada usia 67 tahun.

Seorang lagi raja Eropah iaitu Alexander of Greece, juga meninggal dunia secara pelik pada tahun 1920 ketika hanya berusia 27 tahun. Raja Greece itu sedang itu sedang berjalan di sekitar istana musim panasnya yang terletak di Athens apabila seekor monyet telah menyerang anjing German Shepherd peliharannya, Fritz.

Monyet itu dilaporkan adalah dari spesies Barbary macaque, milik salah seorang pekerja istana. Raja Alexander yang cuba untuk meleraikan pergaduhan kedua-dua haiwan itu berakhir dengan dirinya pula menjadi mangsa.

raja alexander of greece

Alexander of Greece

Monyet itu telah mencederakan kaki raja dan menggigit di seluruh tubuh badannya. Luka akibat diserang monyet itu kemudian dijangkiti kuman. Tidak sampai tempoh sebulan selepas diserang, raja itu diisytiharkan meninggal dunia.

Bukanlah keluarga diraja Eropah sahaja yang mati dalam keadaan luar biasa. Salah satu cerita yang menyedihkan ialah kisah permaisuri Siam (Thailand moden) iaitu Sunandha Kumariratana.

Permaisuri Sunandha Kumariratana

raja chulalongkorn dan isterinya

Sunandha Kumariratana telah dilahirkan pada 10 November 1860 kepada pasangan Raja Mongkut (Rama IV) dan Permaisuri Piam. Permaisuri Sunandha adalah isteri pertama daripada empat orang isteri Raja Chulalongkorn, yang terkenal kerana memperkenalkan reformasi progresif di dalam kerajaannya seperti menghapuskan sistem hamba abdi. 

Permaisuri Sunandha sebenarnya adalah saudara tiri kepada Raja Chulalongkorn yang berlainan ibu, sama seperti tiga orang isterinya yang lain. Mereka semua merupakan saudara tiri raja tetapi berlainan ibu. Raja Mongkut mempunyai sekurang-kurangnya 82 orang anak bersama isteri-isteri dan gundiknya.

Ketika berlakunya tragedi menyedihkan ini, Permaisuri Sunandha sudah mempunyai seorang anak perempuan dan sedang mengandungkan anak keduanya.

permaisuri sunandha dan puteri kannabhorn bejaratana

Permaisuri Sunandha dan Puteri Kannabhorn Bejaratana

Pada bulan Mei 1880, Permaisuri Sunandha yang berumur 19 tahun ketika itu sedang dalam perjalanan ke kediaman keluarga bangsawan kerajaan Bang Pa-In di luar Bangkok. Dia diiringi oleh anaknya, Puteri Kannabhorn Bejaratana yang berumur kurang dari dua tahun bersama sekumpulan pengawal dan pelayan.

Untuk sampai ke istana, mereka perlu menyeberangi Sungai Chao Phraya iaitu sungai terbesar di Thailand. Permaisuri dan puterinya diiringai untuk menaiki bot berasingan yang akan ditarik oleh bot yang lebih besar yang akan membawa mereka ke seberang. 

istana bang pa in

Istana Bang Pa-In

Walau bagaimanapun, ketika itu kapal diraja telah ditarik oleh arus deras dan kedua-dua keluarga diraja itu terjatuh ke dalam air. Tiada seorang pun daripada pengiring diraja yang memberikan bantuan.

Undang-undang dan kepercayaan purba

Mereka hanya menunggu arahan daripada pengawal utama, yang tidak memberikan bantuan atau mengarahkan sesiapa untuk membantu. Tiga orang telah kehilangan nyawa mereka sementara para pengiring hanya berdiri dan melihat sahaja.

Para pengawal dan orang lain di tempat kejadian itu sebenarnya sedang mematuhi undang-undang Siam lama yang sekeras-kerasnya melarang rakyat biasa daripada menyentuh mana-mana anggota keluarga diraja. Melanggar undang-undang ini bermakna mereka akan dihukum mati.

upacara pengebumian permaisuri sunandha

Upacara pengebumian Permaisuri Sunandha 1881

Selain undang-undang purba itu, sebarang keinginan untuk menyelamatkan nyawa Permaisuri Sunandha juga mungkin dibantutkan dengan kepercayaan khurafat. Mereka percaya, menyelamatkan seseorang yang lemas di dalam sungai sering dikaitkan dengan nasib malang. Sesiapa yang membantu bermakna mereka mengganggu semangat yang hidup dalam air.

Selepas insiden itu, Raja Chulalongkorn memutuskan agar pengawal utama dipenjara kerana tidak memberi sebarang arahan untuk menyelamat Permaisuri Sunandha dan anaknya. Hanya dengan sedikit bantuan sahaja, mungkin nyawa tiga itu orang dapat diselamatkan.

Raja Chulalongkorn berasa amat sedih di atas pemergian Permaisuri Sunandha, yang merupakan isteri yang paling disayanginya. Perarakan pemakaman yang sesuai telah diaturkan untuk mendiang permaisuri dan dikatakan ia adalah pengbumian paling mahal dalam sejarah kerajaan Asia.

tugu permaisuri sunandha

Tugu peringatan Permaisuri Sunandha

Raja Chulalongkorn juga banyak melakukan kerja menaik taraf kediaman musim panas diraja, di mana mendiang isterinya terkorban ketika dalam perjalanan menuju istana itu. 

Di halaman belakang istana, Raja itu telah meletakkan sebuah tugu peringatan kepada Permaisuri Shunandha Kumariratana dan anaknya Puteri Kannabhorn Bejaratana yang kehilangan nyawa terlalu awal.

Rujukan:

1. History of Royal Women

2. Misfit History

3. History 101




Hakcipta iluminasi.com (2017)