Oleh pada 02 Aug 2017 kategori

Hong Kong mempunyai populasi penduduk yang hampir kepada 7.5 juta orang dan apa yang paling membimbangkan adalah jumlah keluasan baki tanah yang sangat sedikit. Pasaran hartanah Hong Kong naik mendadak sehingga negara tersebut dikenali sebagai negara yang mempunyai kadar harga rumah yang sangat tinggi sehingga rata-rata penduduk tidak mampu untuk mendiami di rumah yang selesa. Apa tidaknya, rumah yang paling murah di Hong Kong dikenali sebagai rumah keranda kerana keluasannya yang amat sempit yang hanya mampu memuatkan seorang sahaja.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengkritik apartment yang nampak seperti sangkar sebagai salah satu penghinaan terhadap maruah manusia. Persatuan Pertubuhan Komuniti pula mengatakan bahawa ia merupakan satu-satunya alternatif bagi kira-kira 200,000 orang jumlah penduduk yang tidak mampu menyewa rumah apatah lagi untuk memilikinya.  

bertapa susahnya penduduk hong kong untuk menyewa rumah

Kebanyakkan daripada mereka yang tinggal di rumah yang menyerupai keranda ini amat mengharap bantuan dan ehsan supaya mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih baik. Mereka ini kebanyakkan adalah orang-orang yang datang ke dalam kehidupan setiap penduduk Hong Kong. Mereka melayani anda sebagai pelayan di restoran-restoran di mana anda makan, mereka adalah pengawal keselamatan di pusat membeli-belah ketika anda bersiar-siar atau juga sebagai pembersih yang memastikan  jalan-jalan yang anda lalui berada dalam keadaan bersih.

jamban dan dapur di satu ruang

Satu-satunya perbezaan antara mereka dan penduduk yang lebih senang berbanding mereka adalah rumah.

boleh kah anda tinggal di rumah bersaiz kecil ini

Bayangkan dari aktiviti memasak,membaca buku,menukar pakaian sehingga tidur dilakukan di dalam ruang yang kecil tersebut. Tahukah anda bahawa jika anda tinggal di kediaman seluas 18 kaki persegi, anda perlu membayar sewa dengan anggaran  RM 1320 (HK $ 2,400) sebulan.

tidur di ruang yang sempit




Hakcipta iluminasi.com (2017)