komik pendekar laut

Membaca komik yang datang dari pelukis komik Hong Kong satu masa dulu, merupakan acara beramai-ramai yang akan dilakukan oleh kebanyakan remaja lelaki, termasuklah yang dewasa. Demam komik Hong Kong, yang lebih dikenali dengan nama 'manhua' di negara kita boleh dikatakan bermula dengan populariti beberapa judul siri komik seperti Jejak Wira dan Dendam Kesumat, sebelum siri yang lebih baru seperti Alam Perwira, Pedang Setiawan dan Juara Wira menjadi kegilaan kita semua.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Elemen keperwiraan dalam komik-komik ini kerap kali digambarkan dengan cantik diadun dengan unsur-unsur mistik, sejarah dan kepercayaan masyarakat Cina - sehingga mampu membuatkan kita semua ternanti-nanti keluaran terbaru.

Kini, populariti manhua sudah pun menurun berbanding zaman kemuncaknya namun berikutan beberapa judul sudah dialih bahasakan untuk pasaran antarabangsa, legasi manhua nampaknya akan tetap dapat dipelihara. Berikut adalah 5 pelukis manhua paling terkenal di Malaysia satu ketika dulu, dengan karya pelukis-pelukis ini menjadi ikutan ramai orang kita.

1. Tony Wong

tony wong dengan tiger wong

Mereka yang pernah membaca karya komik manhua pasti pernah membaca karya Tony Wong, kerana Tony Wong adalah individu yang sangat sinonim dengan meletupnya komik-komik Hong Kong di seluruh dunia. Nama asal beliau Wong Jan-Lung, namun memilih nama pena Wong Yuk-Long ataupun nama terkenalnya, Tony Wong. Mempunyai lukisan yang menjadi acuan kepada banyak pelukis komik.Tony Wong mengasaskan Jademan Enterprise untuk menguruskan penerbitan komik.

batman hong kong

Kisah dua watak bersaudara Tiger Wong dan Dragon Long dalam siri Oriental Heroes/Jejak Wira menjadi watak ciptaan beliau paling terkenal di seluruh dunia sehinggakan diadaptasi menjadi filem berjudul Dragon Tiger Gate, lakonan Donnie Yen dan Nicholas Tse. Bagaimanapun bagi penulis, siri komik beliau yang paling menyengat di hati tetap siri 'Alam Perwira' yang menceritakan kisah fiksyen watak Ji Fat membesar sehingga menjadi Maharaja China.

Tony pernah juga bekerjasama dengan pihak DC dalam penerbitan judul Batman Hong Kong yang mendapat sambutan baik, dengan ramai pihak memuji pengolahan semula visual Batman dalam cara beliau.

2. Wan Yat Leung

wan yat leung

Wan Yat Leung atau Fat Leung memulakan karier beliau sebagai pembantu kepada Ma Wing-Shing, sebelum mula bergerak sendiri. Bergerak sendiri dalam sebuah syarikat penerbitan komik yang digelarkan Ocean Enterprise, hasil karya Ocean berbeza ekoran elemen fantasi moden lebih banyak diserapkan ke dalam karya mereka.

pendekar laut pertarungan paling besar

Karya beliau 'Tiger Shark' atau lebih dikenali dengan nama 'Pendekar Laut' di Malaysia menjadi penanda aras baru kepada penerbitan komik Hong Kong, sehingga menjadi komik no. 1 jualannya satu masa dulu. Populariti 'Pendekar Laut' di Malaysia memang cukup hebat sehinggakan ramai pengikut komik gemar menggunakan cat untuk melukis 'belang tarung' di wajah sendiri, ekoran pengaruh komik beliau.

3. Ma-Wing Shing

ma wing shing

Satu nama cukup besar dalam industri komik Hong Kong, Ma Wing-Shing mempunyai pengaruh yang cukup mendalam dalam diri penulis. Ini kerana Ma Wing-Shing bukan setakat menghasilkan komik, beliau juga berkebolehan menghasilkan karya seni lukisan cat air yang cukup indah dalam komik beliau. Jika anda tidak percaya, aturkan saja muka depan komik Pedang Setiawan satu per satu. Dari muka depannya saja, sudah dapat dilihat kebolehan Ma Wing-Shing dalam kemahiran, rekaan dan susun atur visual.

kulit pedang setiawan

Selain 'Pedang Setiawan', karya beliau yang juga memberikan pengaruh besar adalah Black Leopard/Raja Rimba yang menceritakan kehidupan seorang bekas tentera bernama Sang Rimau Kumbang dan abang seperjuangannya, Waja Timur.

Ma Wing Shing menjadi satu-satunya pelukis manhua yang mempunyai dua filem adaptasi berasaskan komiknya, apabila 'Pedang Setiawan' diadaptasi kepada filem filem 'Storm Riders', lakonan Aaron Kwok dan Ekin Cheng yang meletup di negara kita serta filem 'A Man Called Hero,' adaptasi komik 'Wira Sakti' lakonan Ekin Cheng dan Shu Qi.

4. Hui King-Sum

hui king sum

Hui King-Sum lahir pada 7 Mac 1966 dan memulakan karier beliau bersama dengan Jademan sebagai pembantu pelukis, namun berhenti buat sementara selepas jualan komik karyanya tidak berapa menjadi. Dia kembali memulakan karier beliau sebagai pelukis kepada adaptasi permainan video terkenal Street Fighter, yang membantu membuka jalan kepada beliau untuk menghasilkan karya sendiri.

Ada dua karya beliau yang memberikan impak yang cukup besar pada pembaca komik di Malaysia iaitu Super Century/Juara Wira dan Jengking Merah, yang lebih bersifat kisah fiksyen sains.

juara wira

Walaupun begitu, tidak dapat dinafikan karya Hui King-Sum ada kalanya kelihatan terlalu meleret-leret dengan pengenalan watak secara rawak yang menyukarkan pemahaman pembaca. Namun, banyak juga watak yang menjadi ikonik pada memori penulis dengan watak 'Tuan Wujian' dan perang dinginnya dengan musuh ketat beliau 'Dewa Perang' masih lagi diingati sehingga ke hari ini.




Hakcipta iluminasi.com (2017)