kenapa orang tak senyum dalam gambar lama 2

Jika anda kerap kali melihat gambar-gambar lama yang tidak berwarna satu ketika dahulu, anda mungkin membuat satu konklusi bahawa setiap orang yang pernah wujud lebih daripada 100 tahun lalu hidup dalam kesengsaraan.

Tiada siapa pun yang tersenyum dalam gambar-gambar lama ini dan mengapa ia berlaku? Adakah mereka yang hidup di zaman 1800-an awal 1900-an tidak gembira?

Atau adakah ia sesuatu yang tidak bagus untuk menunjukkan kepada semua orang bahawa anda gembira?

Sembunyi gigi yang buruk

kenapa orang tak senyum dalam gambar lama

Sebenarnya, tiada satu pun kenyataan di atas yang betul. Menurut Majalah Time, sesetengah orang beranggapan bahawa gigi yang buruk mempunyai kaitan dengan keengganan mereka untuk tersenyum.

Namun, jika semua orang di sekeliling anda mempunyai gigi yang buruk adakah anda benar-benar akan peduli sama ada gigi buruk anda kelihatan dalam gambar tersebut?

Dan jika itu benar mengapa tidak ada gambar kanak-kanak atau remaja yang tersenyum kerana orang biasanya tidak memiliki masalah gigi yang teruk sehingga mencapai usia tua? 

Gambar lama ambil masa yang sangat panjang

kamera lama

Satu lagi senario yang mungkin adalah bahawa orang terpaksa mengimbangi keupayaan terhad kamera lama yang dimiliki satu ketika dahulu.

Sebelum tahun 1850-an dan 1860-an, beberapa saat diperlukan untuk menangkap "exposure" tunggal, jadi anda perlu berada dalam posisi tersebut untuk berapa ketika sehingga "exposure" tersebut selesai.

Dengan ini, adalah sukar untuk seseorang itu tersenyum untuk tempoh yang lama, apatah lagi jika senyuman adalah yang palsu.

Itulah sebabnya mengapa sebahagian daripada gambar-gambar lama kelihatan seperti kabur.

kenapa orang tak senyum dalam gambar lama 3 399

Sebagai contoh, apabila anda melihat gambar bedah siasat, anda akan dapat meneka yang mana satukah adalah mayat hanya kerana mayat tersebut dalam keadaan kaku dan orang hidup agak kabur kerana bergerak. 

Tetapi, ini hanya menjelaskan mengapa mereka tidak tersenyum sehingga tahun 1800-an, kerana semakin teknologi kamera bertambah maju, orang tidak lagi perlu kekal dalam posisi atau tersenyum untuk jangka masa yang panjang. mereka yang berpose untuk jangka masa yang panjang.

Senyum dalam gambar adalah tidak semulajadi 

kenapa orang tak senyum dalam gambar lama 4

Penjelasan yang lebih logik adalah tidak wujud naluri semulajadi untuk seseorang itu tersenyum di depan kamera satu ketika dahulu.

Tersenyum di hadapan kamera adalah sesuatu yang kita pelajari semakin masa beredar.

Selain itu, bagi kebanyakan orang, fotografi hanyalah satu lagi versi potret dan apa yang berbeza adalah anda tidak perlu kekal dalam posisi ketika pelukis melukis anda.

Dan dalam lukisan lama, kebanyakan orang juga tidak tersenyum.

Oleh itu, kekurangan senyuman dalam gambar-gambar lama kemungkinan besar hanya merupakan lanjutan daripada tradisi yang sangat kuat selama bertahun-tahun lamanya sejak sebelum kamera dicipta.

Rujukan:

1. Time

2. Vox

3. Grunge



Hakcipta iluminasi.com (2017)