Warna bukan sahaja menambah menambah daya tarikan kepada sesuatu benda tetapi ia juga menjadikan kehidupan kita lebih mudah dalam banyak cara. perhatikan lampu isyarat sebagai contoh.

Bagaimana anda gemarkan lampu isyarat anda berfungsi? Jika tidak menggunakan sistem cahaya "merah-kuning-hijau", lampu isyarat juga boleh menggunakan sistem mesej bertulis pada skrin seperti "Berhenti" atau "Jalan".

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ia mungkin sesuai bagi sesetengah orang tetapi bagi kebanyakan pengguna jalan raya, kod warna lebih memudahkan. Ini adalah salah satu contoh di mana warna memudahkan kehidupan harian kita.

Selain memudahkan, warna juga boleh menjadi sesuatu benda itu lebih selamat. Salah satu contoh yang baik dalam hal ini adalah bas sekolah.

Kepentingan keselamatan bas sekolah

bas sekolah warna kuning

Seperti yang diketahui ramai, bas sekolah digunakan untuk membawa berjuta-juta pelajar dari seluruh dunia untuk pergi dan balik sekolah setiap hari. Ini bermakna ia mempunyai satu tanggungjawab yang besar.

Bayangkan, bas sekolah merupakan pengangkutan utama bagi bakal perdana menteri, saintis, atlet, doktor dan banyak lagi orang penting ketika mereka di alam persekolahan. Atas sebab inilah mengapa keselamatan amat penting bagi bas sekolah.

Bas-bas sekolah bukan sahaja direka untuk melindungi penumpangnya secara dalaman sekiranya berlaku kecelakaan. Ia juga mempunyai penampilan luaran berwarna kuning tersendiri yang amat ketara dan sukar untuk terlepas pandang. Hampir kebanyakan bas sekolah di dunia mempunyai warna ini.

Warna bas sekolah bukanlah kuning asli

bas sekolah luar negara

Ramai daripada anda mungkin sudah sedar ataupun tidak bahawa warna bas sekolah di seluruh dunia bukanlah benar-benar berwarna kuning yang asli. Ia sebenarnya adalah campuran warna oren dan kuning lemon, seperti warna buah mangga yang benar-benar masak.

Warna sebenar bas sekolah ini disebut secara rasmi sebagai "Warna kebangsaan kuning berkilat bas sekolah" di Amerika Syarikat dan Kanada. Pada tahun 1939, seorang profesor dari Kolej Guru di Universiti Columbia, Dr. Frank W. Cyr, telah mengadakan persidangan untuk memilih warna bas sekolah.

Dalam persidangan itu, pelbagai piawaian telah ditetapkan untuk menentukan warna paling sesuai digunakan pada bas sekolah di Amerika Syarikat. Mereka akhirnya bersetuju untuk menggunakan warna kuning sebagai warna rasmi yang pada mulanya dikenali sebagai "Bas Sekolah Krom (kuning kunyit)".

Mengapa warna kuning?

bas tak sekolah

Jika dilihat dari perspektif saintifik, warna merah sebenarnya mempunyai jarak gelombang paling maksimum iaitu kira-kira 650 nm (nanometer) berbanding pelbagai komponon warna lain. Oleh itu, ia mudah dilihat dengan jelas walaupun pada jarak yang jauh.

Bahkan, warna merah juga sering dikaitkan dengan tanda amaran tetapi mengapa ia tidak menjadi pilihan bagi warna bas sekolah berbanding warna kuning? Sebenarnya terdapat tiga sebab utama mengapa warna kuning dipilih. 

        1. Penampilan khas warna kuning

    bas sekolah berwarna kuning lebih jelas 109

    Terdapat sesuatu mengenai bas sekolah berwarna kuning yang menarik perhatian kita dengan serta-merta. Kajian telah dilakukan bahawa di antara semua warna yang kita lihat dalam kehidupan seharian, warna kuning adalah warna paling menonjol pada mata.

    Sebagai contoh, anda boleh melihat sendiri bagaimana menonjolnya warna kuning dalam gambar di atas.

        2. Lebih menonjol dalam keadaan gelap

    bas sekolah dalam gelap

    Oleh kerana sifat warnanya yang agak bersinar, warna kuning lebih kelihatan dalam cahaya redup atau gelap berbanding warna lain. Disebabkan kebanyakan bas sekolah beroperasi pada awal pagi ketika keadaan masih gelap di luar untuk mengambil para pelajar ke sekolah, warna kuning adalah pilihan paling ideal.

        3. Penglihatan sisi manusia

    sisi penglihatan manusia

    Dari sudut objektif saintifik pula, ini mungkin merupakan sebab paling penting dalam pemilihan warna bas sekolah. Saintis mendakwa bahawa kecenderungan penglihatan manusia untuk mengesan warna kuning adalah 1.24 kali ganda berbanding warna merah.

    Secara ringkasnya, anda lebih cenderung untuk terlihat objek berwarna kuning walaupun tidak melihatnya secara lurus atau menggunakan pandangan sisi sahaja. Perbezaan kecil ini membawa jurang yang besar bagi pemandu dan pengguna jalan raya yang lain.

    bas sekolah beratur

    Inilah beberapa sebab mengapa bas sekolah di seluruh dunia dicatkan dengan warna kuning. Selain sebab-sebab di atas, terdapat juga undang-undang di sesetengah negara seperti Amerika Syarikat yang mewajibkan bas sekolah dicatkan dengan warna kuning. Tanpa warna ini, bas sekolah tidak dibenarkan beroperasi di sana.

    Rujukan:

    1. Kenapa bas sekolah berwarna kuning

    2. Sebab warna kuning menjadi pilihan warna bas sekolah

    3. Kuning adalah warna seragam bas sekolah seluruh dunia




    Hakcipta iluminasi.com (2017)