Tahniah diucapkan kepada ibu bapa kepada pelakon popular, Fattah Amin kerana hanya dalam tempoh dua minggu, mereka dikurniakan dua menantu sekaligus!

Semakin besar dan gamatlah nampaknya keluarga Mohd Amin dan Ibu Zah selepas ini ya.

keluarga fattah amin terima menantu lagi 2

Apapun, yang juga menarik perhatian ramai adalah pasangan pengantin baharu Fattah Amin dan Fazura ketika majlis tersebut berlangsung.

Malah sejak beberapa video mereka di majlis itu menjadi tular di laman Instagram, para peminat mula memanggil #fattzura dengan gelaran Abang Long dan Kak Long!

keluarga fattah amin terima menantu lagi 3

Difahamkan, perkahwinan adik kedua Fattah yang digelarkan 'Angah' ini berlangsung pada Jumaat lalu, manakala majlis persandingan pula pada keesokan harinya, Sabtu.

Aksi yang paling menyentuh hati apabila melihat Fattah enggan melepaskan genggaman tangan isterinya sepanjang masa - sekalipun walau sesaat!

Lalu ada di kalangan peminat yang dengan nakal mengusik di ruangan komen, "Abang Long sayang sangat dekat Kak Long sebab itu tangan tak lepas-lepas dari tadi.”

Dalam pada itu, ramai yang makin ternanti-nanti majlis resepsi #fattzura yang dikatakan bakal berlangsung pada Januari hadapan.

Sementara itu, apa kata kita lihat foto-foto dan video 'sweet' yang dimuat naik para peminat pasangan secocok ini di laman sosial.

keluarga fattah amin terima menantu lagi 4

keluarga fattah amin terima menantu lagi 5

Sumber berita & Kredit foto: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)