Oleh pada 16 Mar 2017 kategori

kek kerabu mangga 4 293

Wah, nampak 'real' la, sebiji macam kerabu maggi yang sangat menyelerakan. Ini adalah sebahagian kata-kata yang terpancul kepada sesiapa yang melihat gambar ini buat kali pertama. Ini sebenarnya kek deco semi fondant (chocolate moist) yang ditempah khas untuk hari kelahiran isteri tersayang tuan empunya kek. Kek ini direka khas oleh Siti Noorbaya atau lebih dikenali sebagai Kak Baya yang berusia 34 tahun.

kek kerabu mangga 2

Kak Baya sangat meminati seni menghias kek, sehingga tidak menang tangan apabila menerima banyak tempahan untuk majlis-majlis tertentu seperi sambutan hari lahir, hari pertunangan, majlis perpisahan dan berbagai lagi. Kak Baya pemegang ijazah Graphic Communcation , USM sangat kreatif dalam mereka bentuk kek seperti yang diminta oleh setiap pelanggannya.

kek kerabu mangga

Bermula hanya sebagai hobi kerana mengisi masa lapang sebagai suri rumah, kini Kak Baya menghias kek fondant sebagai kerjaya tetap sepenuh masa. Kak Baya mula meminati seni menghias kek ketika sedang bekerja di Machester,UK suatu masa lalu. Setiap hujung minggu Kak Baya akan memasuki kelas membuat kek dan seni menghias kek. 

kek kerabu mengga 3

Ketika baru bermula, Kak Baya hanya mampu membuat 1 biji kek mengambil masa sehingga 5 jam. Kini Kak Baya mampu untuk menghias kek setinggi 10 biji kek sehari. Wow, hebatkan? Jika anda berminat dengan hasil seni kek Kak Baya , anda boleh ikutinya di laman facebook Kak Baya.  Jom lihat diantara koleksi kek fondant yang di hasilkan oleh Kak Baya.

kek burung

Kek Pertunangan

kek didi and friends

Kek Hari Lahir rekabentuk Didi n Friends

kek hello kitty

Kek Hello Kitty

kek peminat game ps

Kek Birthday Abang Polis

kek pertunangan

Kek Pertunangan

kek binaan 269

Kek Consturction

kek princess

Kek Princess

kek peminat bola

Kek untuk Peminat Bola Sepak Selangor


tags : , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)