Oleh pada 19 Feb 2017 kategori

kek bulat kecil tapi tetamu ramai cara potong kek

Pernah tak anda beli kek untuk sambutan hari lahir anak secara kecil-kecilan tapi tiba-tiba ramai pulak tetamu yang datang? Makanan jamuan lain bolehlah dimasak atau senang dibeli, tapi mana laa nak cari kek di saat-saat akhir kan.

Jadi, bagaimana cara yang betul untuk potong kek agar semua orang dapat rasa kek yang sedap tu? Ada 2 cara boleh guna:

1. Potong kek mengikut grid empat segi.

Cara ini praktikal kerana kek yang dipotong akan mendapatkan hasil potongan dalam pelbagai saiz. Sesetengah tetamu (warga emas atau orang yang mempunyai masalah diabetes kebiasaannya) sering menghendaki potongan yang kecil sahaja. Berikan pada mereka potongan yang kecil itu manakala tetamu yang suka benda manis-manis pula bolehlah ambil bahagian yang lebih besar.

2. Hiris kek satu-persatu mengikut bulatan perimeter

Cara ini boleh guna untuk semua jenis kek tidak mengira berapa bilangan tingkat kek tersebut.

Sekiranya kek anda setingkat je, buat satu bulatan di tengah-tengah kek dan mula memotong di sekeliling bulatan itu mengikut ketebalan yang sesuai. Dengan cara ini, semua tetamu akan mendapat hirisan yang sama besar dan semua orang pun boleh menikmati kelazatan kek comel anda.

Sekarang tak ada lagi masalah kek comot atau masalah kek tak cukup!


tags : , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)