Kredit foto: Instagram Ziana Zain 2

Nik Aidi Azha Wan Seman yang digelar 'Ziana Zain 2' kerana sering meniru gaya diva itu, memuat naik foto-foto terbaharunya di laman Instagram dengan imej berjubah putih dan berserban.

Jejaka berasal dari negeri Kelantan itu sebelum ini sering mencuri perhatian umum kerana mengenakan pakaian dan bergaya bak wanita di acara-acara hiburan popular.

Menerusi perkongsian di Facebook, Nik Aidi menayangkan foto throwback sewaktu beliau menuntut di sekolah tahfiz bersama ucapan nasihat selari dengan penghijrahannya.

perubahan imej ziana zain 2 mengejutkan ramai 2

Kredit foto: Facebook Ziana Zain 2

Mengagumi perubahan yang diusahakan, sebagai kata-kata perangsang, netizen melayangkan komen berbentuk semangat serta utusan doa.

"Alhamdulillah. Teruskan, bang! Biar orang nak kata apa asal kita tahu niat kita nak berubah kerana Allah. Kami sokong awak," tulis seorang pengguna Twitter.

Malah ia juga mendapat perhatian jurugambar bebas, Annas Easkey, yang mengatakan sedari dulu telah mengikuti perkembangannya.

perubahan imej ziana zain 2 mengejutkan ramai 3 177

Kredit foto: Friends of BN - Barisan Nasional

"Semoga istiqamah. Selalu terhibur dengan telatah dia, orang panggil dia klon Ziana Zain. Suka tengok penampilan dia yang sekarang," coretnya di Twitter.

perubahan imej ziana zain 2 mengejutkan ramai 4 103

perubahan imej ziana zain 2 mengejutkan ramai 5

perubahan imej ziana zain 2 mengejutkan ramai 6

Kredit foto: Instagram Ziana Zain 2




Hakcipta iluminasi.com (2017)