Oleh pada 20 Aug 2018 kategori

Gambar sekadar hiasan

Lembaga Tabung Haji dalam sebuah kenyataan memberitahu bahawa kesemua jemaah haji Malaysia berada dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku.

Menurut Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Abdul Rahman, waris dan orang ramai tidak perlu bimbang dengan keadaan jemaah haji Malaysia yang kini berada di Arafah.

Terdahulu, kejadian ribut melanda kawasan itu pada pukul 6.30 petang hingga 8.00 malam semalam (waktu Arab Saudi) sewaktu para jemaah haji berada dalam keadaan tidak bersedia.

Sementara itu, beberapa khemah jemaah haji Malaysia didapati rosak berdasarkan pemeriksaan rapi yang dijalankan di setiap maktab.

Sumber:

1. Facebook Berita TV9

2. Facebook Bernama News Channel

3. Facebook Astro Awani

4. Facebook Bernama Radio

Penafian: Semua maklumat berita di atas adalah hak milik sumber yang dinyatakan. Pihak kami hanya berkongsi kandungan yang dikemaskini menerusi media sosial sumber berkenaan. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)