keith foo bakal timang cahaya mata perempuan

Kredit foto: rotikaya.com

Pelakon terkenal, Keith Foo dan isterinya, Kim Raymond bakal menerima kehadiran anak sulung mereka berjantina perempuan yang dijangka dilahirkan sekitar bulan Julai depan.

Namun, Keith dan isterinya yang kini sedang bercuti di Melbourne, Australia, masih belum memberi nama untuk anaknya itu.

Kandungan Kim sudah memasuki usia enam bulan. Dia dan bayi dalam kandungan juga dalam keadaan sihat. Tiada masalah setakat ini. Kami sudah imbas kandungan dan bayi itu adalah perempuan. Setakat ini, kami belum menetapkan nama untuk bayi itu. Nanti bila sudah sampai waktunya, baru kami akan tetapkan. Setakat ini, saya cuma doa agar Kim dan kandungan sentiasa sihat sehingga detik kelahiranya.

Sudah tentu peminat Keith Foo tak sabar menanti kelahiran puteri mereka itu nanti. Semoga segalanya dipermudahkan.

Sumber: Utusan Online


tags : , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)