Oleh pada 08 Oct 2017 kategori

Sumber foto asal: Instagram.com/emma_maembongofficial & Instagram.com/keithfoo

Setelah kira-kira 2 tahun tidak berlakon dalam mana-mana drama, pelakon Keith Foo akhirnya bakal menjayakan sebuah karya bertajuk 'Jangan Padam Rindu' terbitan Suhan Movies.

Telahpun memulakan penggambaran semalam, drama bersiri 20 episod yang diadaptasi daripada sebuah buku itu difahamkan akan ditayangkan di saluran TVi.

Saya menerima tawaran berlakon drama ini kerana ia diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin. Sudah empat kali saya berlakon di bawah arahannya, termasuk drama Ariana Rose.


Selain itu, saya juga senang bekerja dengan produksi terbabit dan inilah pengalaman kedua saya bekerjasama dengan mereka. Jadi, pendek kata, saya berada dalam lingkungan yang selesa dan positif.

Menurut Keith lagi, anak sulungnya, Skylar Raymond Foo yang telah menginjak ke usia 4 bulan membuatkannya semakin bebas keluar rumah.

Namun, suami kepada Kim Raymond itu berasa sedikit tertekan memandangkan dia sudah agak lama tidak berada di hadapan kamera.

Apabila hendak kembali ke set penggambaran semula, pelbagai perasaan menjelma. Maklum saja, sudah agak lama saya tidak mengasah bakat lakonan, jadi ada juga rasa kekok. Tentunya banyak perkara yang harus saya pelajari semula.


Namun, saya berharap semua perasaan itu hilang sebaik saja saya berada di lokasi nanti.

Bakal digandingkan buat pertama kali bersama Emma Maembong, Keith berharap supaya keserasian antara mereka berdua berjaya ditimbulkan menerusi drama itu.

Seperti biasa, saya akan ke lokasi penggambaran dengan hati terbuka. Saya percaya, Emma juga bersikap begitu. Semoga gandingan kami ini akan mencipta keserasian tersendiri.

Untuk pengetahuan, watak utama drama berkenaan sebenarnya ditawarkan kepada Kamal Adli. Namun, Keith terpaksa menggalas tanggungjawab tersebut kerana perkara yang tidak didedahkan.

Sumber berita: BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)