kebaikan kencing duduk untuk lelaki

Kencing atau lebih sopan membuang air kecil adalah aktiviti mengeluarkan sisa-sisa metabolisma tubuh (kotoran). Cara aktiviti ini dilakukan mempunyai kesan kepada kesihatan manusia. Golongan lelaki terutamanya memilih untuk membuang air kecil dalam posisi berdiri kerana cepat dan mudah. Kencing berdiri ada banyak keburukan.

Namun, tindakan ini mempunyai kesan buruk kepada kesihatan anda. Di sini penulis ingin menyarankan anda kaum lelaki untuk kencing dalam posisi duduk kerana sebab-sebab berikut. Ikuti penjelasan lanjut mengenai kelebihan, kebaikan dan alasan kenapa anda perlu kencing duduk.

1. Kencing Duduk Mengelakkan Penyebaran Penyakit Berjangkit

kencing duduk mengelakkan penyebaran penyakit berjangkit

Saki baki air kencing yang terpercik pada tempat duduk tandas atau kawasan sekitarnya ketika kencing berdiri boleh menjadi penyebab tersebarnya penyakit berjangkit. Bakteria dan kuman yang terkandung di dalam air kencing berupaya menyebarkan penyakit seperti demam, selsema, rubella, penyakit meningokokus (boleh membawa maut) dan lain-lain. 

Sekiranya anda yang sakit, anda adalah penyebar penyakit kepada mereka yang menggunakan tandas tersebut selepas anda. Dan sekiranya anda menggunakan tandas awam, anda pula mungkin yang menjadi mangsa penyakit berjangkit tersebut. 

2. Kencing Duduk Lebih Sihat Untuk Pundi Kencing

kencing duduk lebih sihat untuk pundi kencing

Sekiranya anda dijangkiti lower urinary tract symptoms (LUTS), anda mungkin mahu kencing dalam posisi duduk. Tanda-tanda LUTS adalah kencing kerap dan secara tiba-tiba, aliran air kencing yang lemah, dan keinginan untuk kencing semula walaupun baru sahaja melakukan aktiviti berkenaan (kencing tidak lawas). Kajian menunjukkan bahawa kencing duduk mampu membantu memperbaiki kesihatan prostat. Ianya melegakan dan mengosongkan pundi kencing, serta mengurangkan risiko LUTS.  

3. Kencing Duduk Meningkatkan Prestasi Seks Anda

kencing duduk meningkatkan prestasi seks

Sesetengah pakar berpendapat bahawa kencing duduk bukan sahaja meningkatkan kesihatan prostat anda, malah ia mampu meningkatkan prestasi anda di ranjang. Walaupun hipotesis ini masih belum dibuktikan secara klinikal, ia mempunyai meritnya tersendiri. Menurut laporan di dalam telegraph.co.uk, kencing berdiri mengaktifkan otot di dalam pelvis dan tulang belakang yang menyebabkan masalah kencing lain, dan sekiranya aktiviti ini dilakukan secara berterusan, ia boleh membawa kepada penyakit prostat, lama kelamaan menyebabkan kurang keinginan untuk melakukan aktiviti seksual. 

4. Kencing Tidak Bersepah, Memudahkan Kerja Pencuci Tandas

kencing berdiri bersepah lantai

Kencing berdiri bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan, malah boleh menyebabkan kekotoran terkena ke tempat-tempat yang tidak sepatutnya. Contohnya, air kencing terpercik ke atas lantai. Nasib kita bukan baik sepanjang masa, mungkin kita pandai kawal aliran kencing semasa berdiri, namun pada kebanyakan masa juga air kencing selalu tertumpah atau terpercik ke lantai. Kemudian kaki yang terpijak air kencing berjalan pusing satu rumah. Solat kita bagaimana, sah atau tidak?

Sekiranya anda kencing duduk, sudah pasti target anda mengena sepanjang masa, 100% pasti, dan masalah ini dapat dielakkan, di samping memudahkan kerja tukang cuci. Kencing duduk menunjukkan sikap timbang rasa anda kepada orang lain.

5. Kencing Duduk Lebih Santai, Air Kencing Habis Dibuang

kencing duduk lebih sihat mudahkan kerja pencuci 704

Berbanding kencing berdiri, kencing duduk adalah lebih santai. Sesetengah orang yang pentingkan masa, masa santai ini digunakan untuk menghantar email kerja dan membalas mesej rakan-rakan. Walaupun kedengaran pelik, tapi itulah realitinya. Masa itu emas. Selain itu, kencing dalam keadaan duduk mengosongkan pundi kencing, mengurangkan masalah kencing tidak lawas. Ramai sebenarnya lelaki yang mengalami masalah kencing tidak lawas, namun mereka tidak tahu puncanya, sedangkan mereka sendiri yang menyumbang ke arah masalah tersebut. Jadi, kencinglah duduk, buang air kencing hingga ke titisan terakhir. 

Kesimpulan

Sunnah Rasulullah melarang umatnya daripada kencing berdiri melalui Hadis Sahih Muslim:

Ingat, sesungguhnya dua mayat ini sedang diseksa, namun bukan kerana dosa besar. Yang satu diseksa kerana dia dahulu suka mengadu domba, sedang yang lainnya diseksa kerana tidak membersihkan dirinya dari air kencingnya. Kemudian beliau meminta pelepah daun kurma dan dipotongnya menjadi dua.

Setelah itu beliau menancapkan salah satu pada sebuah kuburan dan yang satunya lagi pada kuburan yang lain seraya bersabda; Semoga pelepah itu dapat meringankan seksanya, selama belum kering. 

Sama ada kencing berdiri atau duduk pastinya adalah pilihan peribadi anda. 

Fakta Menarik: Tahukah anda, 49% lelaki di Jepun kencing dalam posisi duduk.

Sumber & Bahan Bacaan Tambahan:

  1. telegraph.co.uk
  2. healthfreedoms.org
  3. stevenaitchison.co.uk
  4. curejoy.com

tags : , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)