Lebih daripada 87% daripada keseluruhan pembedahan plastik di dunia dilakukan ke atas wanita dan yang paling popular di kalangannya adalah pembedahan pembesaran payudara. Payudara atau buah dada adalah salah satu "aset" atau penarik bagi wanita dan sudah tentu kaum Hawa sangat pentingkannya. Namun, ia terlalu diberi perhatian oleh mereka sehingga ada yang terdesak untuk membesarkannya.

Sejarah pembesaran payudara bermula lama dahulu. 

Pada tahun 1940-an, pelacur Jepun akan menyuntikkan parafin atau span ke dalam payudara mereka untuk meningkatkan garis "bust" mereka dan menarik perhatian tentera Amerika Syarikat semasa Perang Dunia II.

Kemudian, pada tahun 1962, implantasi payudara silikon pertama dilakukan di Houston, Texas.

implan gel silikon payudara untuk besarkan payudara

Dan kini, hampir 60 tahun kemudian, terdapat lebih daripada 23 juta prosedur kosmetik pembedahan dan bukan pembedahan dilakukan di seluruh dunia dan yang paling banyak dilakukan dengan jumlah sebanyak 1.77 juta adalah pembedahan implan payudara!

Payudara adalah sekumpulan lemak, lobula penghasil susu, nodus limfa, dan tisu penghubung.

Sepasang payudara ini tidak sama antara satu sama lain walaupun pada tubuh badan orang yang sama. 

Ia terletak di atas otot dada dan di atas tulang rusuk. Dan seperti yang anda tahu, payu dara wujud untuk menyusukan bayi tetapi mempunyai fungsi sosial yang lain juga.

Payudara terus berkembang dan membesar sehingga berumur 22 tahun dan saiznya ditentukan secara genetik dan persekitaran.

Ini bermakna hormon atau pendedahan kimia, diet dan genetik semuanya akan mempengaruhi saiz buah dada. Namun akhirnya sesetengah wanita akan mengubah tisu payudara mereka dengan implan prostetik.  

pembedahan payu dara sebelum dan selepas

Di AS, kebanyakan implan diperbuat daripada polimer sintetik berkontur atau bulat yang dipanggil elastomer. Saiz diukur dalam sentimeter padu dan setiap saiz cawan adalah 175 hingga 200 sentimeter padu cecair.

Pada tahun 2012, implan mengandungi 72% silikon dan 28% cecair garam steril.

Silikon telah diharamkan oleh FDA sejak tahun 1992 kerana terdapat kebimbangan terdapat kemungkinan untuk implan pecah, tetapi pada tahun 2006 larangan itu ditarik balik selepas ujian yang menyeluruh.

Terdapat tiga jenis pembedahan implan payudara iaitu di bawah tisu payudara sahaja, di bawah sebahagian otot dada dan dan di bawah keseluruhan otot dada.

Implan boleh dimasukkan dalam beberapa kaedah iaitu melalui hirisan di sekitar hirisan areola untuk mengehadkan tisu parut, dalam lipatan payudara, melalui ketiak untuk mengelakkan parut atau kerosakan payudara, atau melalui pusat perut!

3 jenis pembedahan pembesaran payudara 971

Sebaik sahaja dimasukkan, implan diisi dengan cecair, ditempatkan di kedudukannya dan anda mendapat buah dada yang baharu! 

Disebabkan ia dilakukan melalui pembedahan, maka tubuh badan perlu mengambil masa untuk pulih dan pesakit harus menjalani melakukan terapi fizikal semasa proses itu.

Tubuh manusia tidak begitu gemar apabila objek luar dimasukkan ke dalamnya, jadi apabila ia pulih, sistem imun akan menghasilkan tisu parut di sekeliling implan tersebut. 

Cara baru untuk prosedur implan silikon dari United Kingdom menggunakan permukaan bertekstur pada bahagian luar implan yang meniru permukaan lain di dalam badan, tetapi tisu parut tetap tidak dapat dielakkan.

silikon implan payudara

Secara keseluruhan, jika doktor bedah dan pesakit melakukan tugas mereka dengan baik, payudara yang dibedah akan kelihatan seperti semulajadi. 

Dan jika tidak, kontraksi kapsular akan berlaku, iaitu apabila tisu parut menyebabkan payudara yang kelihatan kaku dan tidak semulajadi.

Walaupun 1 hingga 2% prosedur gagal setiap tahun, namun implan payudara tidak seharusnya memudaratkan badan lebih daripada apa-apa prosedur menanam implan yang lain.

Sekiranya ia pecah, tisu parut di sekeliling implan akan tetap utuh untuk seketika, cecair garam boleh diserap oleh badan dan FDA mengatakan silikon tidak akan membahayakan tubuh, menyebabkan kanser atau merosakkan tisu dengan cara apa pun.

Pembedahan diperlukan tak kira sama ada anda mahu membuang atau menggantikan implan. 

Baru-baru ini Health Canada secara rasminya mengharamkan implan payudara bertekstur oleh syarikat Allergan selepas kajian keselamatan mendapati bahawa produk ini menimbulkan risiko peningkatan kanser.

Orang yang melakukan pembesaran payudara pelbagai sebab, termasuklah pembinaan semula postmastectomy, ubah bentuk kongenital, perkembangan payudara yang tidak seimbang, selepas menyusukan atau hanya dengan pilihan untuk mencantikkan badan mereka sendiri.

Malah, pembedahan plastik kedua yang paling biasa dilakukan oleh lelaki di dunia adalah pengecilan payudara disebabkan gynecomastia.

Gynecomastia boleh berlaku kepada lelaki disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon estrogen dan testosteron. Antara penyebab gynecomastia adalah pengambilan hormon testosterone berlebihan oleh ahli bina badan.

gynecomastia 942

(Gynecomastia pada lelaki)

Malah, sesetengah lelaki juga menjalani pembedahan pembesaran payudara.

Kajian telah menghubungkaitkan pemilihan untuk menjalani pembedahan pembesaran payudara dengan peningkatan bunuh diri selamat 10 tahun termasuk dengan masalah keyakinan diri.

Namun, ia terserah kepada anda untuk melakukan apa sahaja kepada tubuh badan sendiri.

Rujukan:

1. Med Halt

2. Web MD

3. PRC




Hakcipta iluminasi.com (2017)