Untuk pembangunan bangunan atau kawasan baru, seringkali bangunan atau binaan asal yang terdapat di sesuatu tempat terpaksa dirobohkan dan dipindahkan ke kawasan lain. Walaubagaimana, ada beberapa kes terpencil, ada juga pemilik atau waris pemilik kawasan tersebut enggan berpindah. Ini yang terjadi ketika pembinaan lapangan terbang antarabangsa Savannah (Savannah/Hilton Head International Airport) yang terletak di Georgia, Amerika Syarikat.

Kawasan tersebut pada asalnya dimiliki oleh keluarga Dotson. Kawasan perkuburan itu merupakan tempat ditanamnya beratus mayat yang kebanyakannya adalah hamba, termasuklah dua orang ahli keluarga tersebut, Richard dan Catherine Dotson.

Beberapa tahun selepas kematian mereka ketika perang dunia kedua hampir terjadi, lapangan terbang tentera telah dibuka dan kawasan milik keluarga Dotson ini termasuk dalam kawasan lapangan ini. Mayat hampir kesemua yang ditanam disitu telah dipindahkan ke tempat baru kecuali 4 buah kubur yang dikekalkan, dua daripadanya kubur Catherine dan Richard Dotson.

Setelah perang tamat, lapangan terbang tersebut telah ditransformasikan menjadi lapangan terbang komersil dan kawasan lapangan terbang tersebut telah diperbesarkan. Dalam usaha perluasana kawasan ini, kubur-kubur ini didapati telah menjadi sebahagian daripada trek penerbangan kapal terbang (airport runway). Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh dipindahkan memandangkan terdapat undang-undang yang melarang kubur dipindahkan tanpa mendapat kebenaran waris.

Akhirnya kubur tersebut terus kekal dan ditandakan dengan batu khas yang tertulis nama pemiliknya.

Sumber: USAToday




Hakcipta iluminasi.com (2017)