Laman web pengguna penerbangan Skytrax baru-baru ini telah mengadakan majlis Anugerah Lapangan Terbang Sedunia di Expo Terminal Penumpang Stockholm, Sweden.

Bagi tahun keenam berturut-turut, Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura telah dinobatkan sebagai lapangan terbang terbaik dalam dunia. Lapangan terbang itu merupakan salah satu hab transit terbesar di Asia Tenggara dan penggerak utama dalam ekonomi negara itu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Selain Singapura, empat lagi kedudukan teratas anugerah itu kesemuanya digondol oleh lapangan terbang dalam Asia. Lapangan terbang dari Eropah juga tidak kurang hebatnya namun tiada lapangan terbang dari Amerika Syarikat yang tersenarai dalam kedudukan 30 terbaik.

Kedudukan tahunan Skytrax itu dibuat berpandukan kepada ulasan dan tanggapan hampir 14 juta penumpang penerbangan dari lebih 100 buah negara. Tinjauan yang dibuat ke atas lebih 550 buah lapangan terbang yang tersenarai itu melihat kepada 39 perkhidmatan dan parameter pencapaian termasuklah keselesaan kemudahan, lokasi bilik air dan kemahiran berbahasa kakitangan di lapangan terbang.

Berikut 10 lapangan terbang yang terbaik dalam senarai yang dikeluarkan oleh Skytrax:

10. Lapangan Terbang Frankfurt (FRA) 

lapangan terbang frankfurt jerman

Penumpang tahunan : 60.8 juta

Kedudukan lama : 10

Lapangan terbang ini merupakan yang keempat paling sibuk di Eropah dan merupakan salah satu hab transit terpenting di dalam dunia. FRA merupakan rumah kepada syarikat penerbangan Lufthansa dan jentera penerbangannya yang terdiri daripada lebih 280 buah kapal.

lapangan terbang frankfurt jerman tempat bermain kanak kanak

Pengulas di Skytrax memuji lapangan terbang ini kerana keudahan transit antara terminal dan kepelbagaian tempat membeli-belah dan pilihan makanan. Walau bagaimanapun, ada yang merungut tentang barisan yang panjang di bahagian imigresen.

9. Lapangan Terbang Zurich (ZRH)

dek pemerhatian kapal terbang zurich

Penumpang tahunan : 27.7 juta

Kedudukan lama : 8

Terletak tidak sampai 13km dari tengah bandar Zurich, lapangan terbang ini merupakan pangkalan kepada Swiss International Air Lines dan merupakan hab yang menyambungkan bandar terbesar di Switzerland dengan keseluruhan kawasan di seluruh negara.

lapangan terbang zurich

Jika anda terpaksa meluangkan masa yang agak lama di sini kerana penerbangan sambung yang ditunda atau sebagainya, Lapangan Terbang Zurich menawarkan perkhidmatan sewa basikal dan kasut beroda selain rombongan ke Muzium Pengangkutan Switzerland di Lucerne.

8. Lapangan Terbang Heathrow (LHR)

lapangan terbang heathrow bilik menukar lampin bayi

Penumpang tahunan : 75.7 juta

Kedudukan lama : 9

Heathrow yang terletak di London, United Kingdom ini merupakan lapangan terbang ketujuh paling sibuk di dunia dan merupakan yang terbesar antara kesemua lima lapangan terbang yang berada di London.

lapangan terbang heathrow keselesaan tempat duduk

Kini, Heathrow sedang melalui proses pengubahsuaian terbesar dengan tambahan bangunan Terminal 2. Bangunan Terminal 5 di sini yang telah berusia lapan tahun dinobatkan sebagai terminal lapangan terbang terbaik dalam dunia oleh Skytrax. Ia merupakan hab utama bagi British Airways dan Virgin Atlantic.

7. Lapangan Terbang Antarabangsa Chubu Centrair (NGO)

lapangan terbang chubu skydeck

Penumpang tahunan : 9.8 juta

Kedudukan lama : 7

Dibina di atas pulau buatan yang terletak di tengah-tengah Teluk Ise berhampiran Nagoya, lapangan terbang ini merupakan rumah kepada Japan Airlines dan ANA. Ia terkenal kerana reputasi sebagai lapangan terbang wilayah yang terbaik di dunia.

Dengan geladak setinggi 1,000 kaki di mana para penumpang boleh memerhatikan kapal terbang dan mendarat, ia juga menempatkan rumah mandi tradisional Jepun yang menenangkan dan boleh merehatkan badan.

6. Lapangan Terbang Munich (MUC)

gelanggang luncur air musim sejuk lapangan terbang munich

Penumpang tahunan : 42.3 juta

Kedudukan lama : 4

Terletak di bahagian timur laut dari bandar Munich, MUC adalah salah satu lapangan terbang paling sibuk di Eropah dan merupakan lapangan terbang paling sibuk di Jerman, selepas Frankfurt. Munich megah berdiri sebagai hab utama bagi syarikat penerbangan Air Berlin, Lufthansa dan Condor. Ia memaparkan rekaan seni bina yang lapang dan berdinding kaca.

gelanggang luncur ais musim sejuk lapangan terbang munich

Di bahagian dataran tengah yang menghubungkan dua terminal sering disediakan kemudahan bersuka ria bagi para penumpang. Pada musim sejuk, pengunjung boleh bermain luncur air dan pada musim panas pula gelanggang tenis atau luncur air pula disediakan.

5. Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad (DOH)

lapangan terbang hamad paling mewah

Penumpang tahunan : 37.3 juta

Kedudukan lama : 6

Hab ini mula dibuka pada tahun 2014 dan kini menjadi rumah bagi Qatar Airways. Ia mempunyai dua terminal yang terletak di atas tanah berkeluasan 5,400 ekar dan menelan belanja sebanyak $16 bilion untuk dibina.

Menurut Skytrax, lapangan terbang ini merupakan kompleks terminal yang terbaik dari segi seni bina dan yang paling mewah dalam dunia.

4. Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong (HKG)

Penumpang tahunan : 70.3 juta

Kedudukan lama : 5

lapangan terbang hong kong terbaik dalam dunia makanan halal

Berjaya menaiki satu anak tangga pada tahun ini, lapangan terbang ini yang dibuka pada tahun 1998 ini dibina atas pulau yang ditambak bersebelahan pinggir laut Hong Kong. Ia merupakan salah satu lapangan terbang paling sibuk di Asia dan menjadi pangkalan kepada Cathay Pacific, Hong Kong Airlines dan Dragonair.

lapangan terbang hong kong kemudahan taman permainan kanak kanak

Di Terminal 2, penumpang boleh melepaskan kepenatan atau menghabiskan masa menunggu sambil bermain golf di SkyCity Nine Eagles. Bagi penumpang yang beragama Islam, cawangan restoran makanan segera Popeye's di lapangan terbang ini menawarkan hidangan halal kepada anda.

3. Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda Tokyo (HND)

lapangan terbang haneda terbaik dalam dunia kemudahan bilik mandi percuma

Penumpang tahunan : 79.9 juta

Kedudukan lama : 2

lapangan terbang haneda terbaik dalam dunia kemudahan

Terdapat dua lapangan terbang utama di Tokyo dan Haneda adalah salah satu daripadanya. Terletak beberapa batu sahaja dari tengah bandar ibu negara matahari terbit itu, Haneda terbukti menjadi laluan utama bagi pelancong dan mereka yang mengembara atas urusan perniagaan. Sebagai lapangan terbang kelima paling sibuk dalam dunia, Haneda terkenal kerana menawarkan perkhidmatan yang efisien, bersih dan syurga membeli-belah yang hebat.

2. Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon (ICN)

lapangan terbang incheon terbaik dalam dunia

Penumpang tahunan : 57.8 juta

Kedudukan lama : 3

Incheon mengekalkan kedudukan sebagai salah satu lapangan terbang paling elit di dunia pada kedudukan tiga tertinggi saban tahun. Lapangan terbang yang terletak di sebuah pulau tidak jauh dari ibu negara Korea Selatan ini merupakan rumah kepada Korean Air dan merupakan lapangan terbang ke-24 paling sibuk dalam dunia.

lapangan terbang incheon terbaik dalam dunia kemudahan bilik mandi percuma

Ia mula dibuka kepada orang awam bermula tahun 2001 dan menawarkan pelbagai kemudahan serta pilihan membeli-belah dan makanan yang sangat banyak, selain menjamu mata para penumpang dengan persembahan kebudayaan. Terdapat juga sebuah muzium budaya Korea di dalam lapangan terbang ini.

1. Lapangan Terbang Antarabangsa Changi (SIN)

tandas changi airport lapangan terbang terbaik dalam dunia

Penumpang tahunan : 62.2 juta

Kedudukan lama : 1

Untuk tahun keenam berturut-turut, Changi mengekalkan takhta sebagai lapangan terbang terbaik dalam dunia. Ia merupakan lapangan terbang ke-16 paling sibuk dalam dunia dan menjadi hab utama bagi Singapore Airlines, Silkair dan Tigerair.

Lapangan terbang ini sentiasa menerima pujian positif daripada para pengunjung kerana memaparkan rekaan seni bina yang sangat cantik, operasi yang sangat efisien, kemudahan yang mewah dan kepelbagaian pilihan tempat makan dan membeli-belah.

Penumpang yang transit di sini dibenarkan menghabiskan masa di teater filem, geladak hiburan multimedia, rawatan spa dan bermain gelongsor lingkar di Terminal 3.

changi airport bermain gelongsor di terminal 3

Anda mesti tertanya-tanya lapangan terbang kita berada pada kedudukan yang ke berapa? Pada tahun 2016, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur tersenarai dalam tiga puluh teratas iaitu pada kedudukan ke-24. Tahun lepas, kita berada di tangga 34. Tahun ini? 44.

Sumber: World Airport AwardsSkytrax




Hakcipta iluminasi.com (2017)