Oleh pada 02 Jun 2018 kategori

kapsul tun mahathir sepatutnya dibuka pada 31 mei 2018 apa isi kandungannya 1

Kredit foto: Astro Gempak & Instagram Tun Mahathir

Sejak dua hari lalu netizen sibuk memperkatakan tentang satu batu tanda yang menempatkan kapsul Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) yang mana sepatutnya dibuka pada 31 Mei lalu.

Menurut kenyataan tertulis atas batu ditanam Tun M pada tahun 1994 di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) itu, kapsul berkenaan menyimpan dokumen-dokumen beliau bersempena acara Perasmian Penyempurnaan Lebuhraya Utara-Selatan pada 8 September 1994 dan dijadualkan dibuka ketika berakhirnya tempoh Konsesi Lebuhraya Utara-Selatan iaitu pada dua hari lalu.

Selain itu, beberapa kapsul lain yang pernah ditanam Tun M iaitu empat kesemuanya terletak di bangunan pusat beli belah The Mall (kini adalah Sunway Putra Mall) di Kuala Lumpur pada 1987.

Dua kapsul itu di Bursa Malaysia, selain satu lagi di Monumen Millenium, Putrajaya dan dijadualkan dibuka pada tahun 2020.

kapsul tun mahathir sepatutnya dibuka pada 31 mei 2018 apa isi kandungannya 2

Kredit foto: Astro Gempak

Sehingga kini persoalan terus meniti di bibir netizen akan apakah sebenarnya isi kandungan di dalamnya.

Namun, apa yang terpampang dalam laporan media tempatan hanyalah tentang pengumuman bayaran tol di jajaran Kuala Lumpur-Seremban Expressway dan Salak Expressway di Plaza Tol Sungai Besi yang dikendalikan Lebuhraya Utara-Selatan telah ditamatkan bermula tengah malam 1 Jun.


tags : , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)