dzawin maharaja lawak mega terkejut ditahan di klia 1

Kredit foto: tv14.my

Dzawin, peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017 dalam kenyataan terkininya mengakui berasa terkejut apabila ditahan peminat ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini. Bagaimanapun, niat peminat tersebut hanyalah untuk mengambil gambar bersama. 

Baginya, situasi itu adalah perkembangan yang positif kerana membuktikan namanya mula dikenali sebagai salah seorang pelawak solo di negara ini. 

dzawin maharaja lawak mega terkejut ditahan di klia 2

Kredit foto: youtube.com

Pada awalnya saya datang ke Malaysia ini tiada seorang pun menahan saya untuk bergambar bersama mereka. Namun selepas memasuki MLM 2017 nama saya semakin dikenali dalam kalangan rakyat di sini sehingga ramai menahan saya untuk berswafoto dan bergambar bersama-sama. Ternyata, perkara ini merupakan sesuatu yang positif kepada saya kerana nama Dzawin semakin dikenali sebagai pelawak di sini.

Sumber: Astro Gempak

Dzawin juga melahirkan rasa syukur kerana kehadirannya diterima baik, malah beliau mula mengumpul peminat baru di Malaysia. 

dzawin maharaja lawak mega terkejut ditahan di klia 3

Alhamdulillah ini merupakan Rahmat dari Allah dan saya tidak menyangka semakin mendapat tempat serta mempunyai penyokong yang luar biasa.

Sumber: Astro Gempak

Nama pemuda berusia 26 tahun itu mula dikenali apabila menyertai pertandingan MLM 2017 sebagai salah seorang peserta solo. Sehingga kini, Dzawin masih dikekalkan dalam pertandingan tersebut dan akan mara ke minggu kesepuluh. 


tags : , , , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)